Saturday, October 19, 2013

Tiada kiraan semula di 3 bahagian

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Jawatankuasa Pemilihan UMNO memutuskan tidak perlu kiraan semula undi pemilihan Naib Presiden di tiga bahagian yang menyaksikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir mendapat jumlah undi sama.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali berkata, ini berikutan keputusan dari keseluruhan bahagian mendapati Hishammuddin dipilih oleh 100 bahagian, berbanding Mukhriz mendapat 91 undi bahagian.

Menurutnya, memandangkan perbezaan mengikut "electoral college" adalah sebanyak sembilan undi berbanding hanya tiga bahagian yang seri, maka jawatankuasa berpendapat tidak perlu kiraan semula di tiga bahagian terbabit.

Sementara itu, Mohd. Tajol Rosli mengumumkan kemenangan Datuk Mohamad Aziz sebagai Timbalan Pengerusi Tetap selepas memperoleh 158 undi.

Selain itu, beliau mengumumkan kemenangan tanpa bertanding bagi tiga jawatan iaitu Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, bagi 25 Ahli Majlis Tertinggi (MT) keputusannya dijangka diketahui hari ini. - (UTUSAN ONLINE-pemilihan Umno October 19,2013).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2.51 am on October 20,2013

No comments: