Hafiz Yatim
4:30PM
Okt 14 2013
Penggunaan perkataan "dengan aman dan damai" dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan patut ditafsirkan sebagai keperluan melindungi kesucian Islam sebagai agama utama dalam negara dan melindunginya daripada sebarang ancaman, kata hakim kanan.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali (kiri) berkata, perkataan itu dimasukkan ekoran kontrak sosial yang dipersetujui oleh pengasas negara ini.
"Penghakiman saya mendapati ancaman paling mungkin terhadap Islam, dalam konteks negara ini, adalah menyebarkan agama lain kepada umat Islam," katanya dalam penghakiman 43 halaman dalam kes berkaitan edisi bahasa Melayu, mingguan Katolik The Herald.
"Ini menjadi sebab kenapa Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dimasukkan."
Beliau, bersama hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh daripada Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald.
Perkara 3(1), jelas Apandi, bukan sebahagian daripada cadangan Suruhanjaya Reid tetapi dimasukkan selepas bantahan, rundungan, perbincangan dan kesepakatan seluruh kumpulan berkepentingan.
Perkara itu menyebut Islam sebagai agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di negara ini.(Malaysiakini).Posted bya abnmulya / Bakar Ninggal.blogspot.com.at 11.56 am on October 16,2013.
No comments:
Post a Comment