Thursday, October 31, 2013

Halang pemaju : 6 wakil DAP ditahan di Nilai

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI 

SEREMBAN 31 Okt. - Enam wakil rakyat DAP negeri ini ditahan selepas enggan keluar dari dalam sebuah dewan lama di Kampung Hakka, Mantin dekat sini selepas beberapa kali diminta oleh polis meninggalkan kawasan bagi kerja merobohkan rumah setinggan di kawasan itu.

Enam wakil rakyat DAP itu bersama beberapa aktivis propembangkang bertindak duduk di dalam dewan berkenaan walaupun kerja itu sepatutnya dimulakan sejak 9 pagi ini, tertangguh hampir tiga jam.

Wakil rakyat DAP yang ditahan terdiri daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai, J. Arulkumar; ADUN Senawang, P. Gunasekaran (Senawang); ADUN Bahau, Chew Seh Yong (Bahau) dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, pihak polis yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan aktivis dan wakil rakyat berkenaan agar bersurai tetapi mereka enggan. 

"Semua yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini seramai 80 keluarga di kampung itu telah diarahkan keluar oleh Mahkamah Tinggi Seremban selepas tanah berkenaan dibeli oleh sebuah syarikat pemaju. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1805 hrs on October 31,2013.

No comments: