Oleh Hj.Abu Bakar Ningal
Khamis,October 17,2013 at 2.o5 am.
Pada tanggal 12 hb.October 2013 yang baru berlalu Umno Bahagian Gombak telah selesai mengadakan Mesyuarat Agong sayap-sayap parti Umno iaitu saya Pemuda,Wanita dan Puteri.
Datuk Said Anuar nak rebut jawatan Ketua Bahagian Umno Gombak dari penyandangnya Sdr.Rahim Kamaruddin |
Pada hari Sabtu ini pula iaitu bersamaan pada tanggal 19 hb.October 2013 pemilihan perengkat Ketua Bahagian akan diadakan untuk memilih Pengerusi tetap,Ketua Bahagian,Timbalan Ketua Bahgian,Naib Ketua Bahagian dan seterus pemilihan AJK Bahagian .
Mesyuarat sayap Wanita dan Puteri telah berlangsung di K.K.Klub,di Taman Melawati,sejak pagi-pagi lagi hinggakan ke petangnya pada 12 Oktober 2013.
Sdr.Rahim Kamaruddin penyandang Ketua Umno Bahagian Gombak pada pemilihan musim lalu. |
Dari senario keputusan yang telah dipamirkan berdasarkan keputusan dari sayap Pemuda Wanita dan Puteri itu?
Banyak penganalisa politik di Bahagian Gombak itu sendiri meramalkan bahawa tidak mustahil Umno Bahagian Gombak semacam akan mendapat seorang Ketua Bahagian yang baru pada pemilihan kali ini.
Ini, disebabkan keputusan yang dipamirkan pada mesyuarat 3 sayap teresebut dilihat telah mempamirkan keputusan yang sangat unik.Tidak ada satu team pun yang boleh mendabik dada bahawa teamnya telah dapat memonopoli kemenagan yang mutlak pada pertandingan ke tiga-tiga sayap itu.
Dengan kata lain? Kedua-dua team A dan B dilihat telah mempamirkan kekuatan yang sama kuat.Kedua-dua belah piahk dilihat punya para penyokong lebih kurang sama jumlahnya. Jika team A mendapat kemenangan pada sesuatu jawatan di sini ? Maka team B pula akan mendapat kemenngan jawatan yang lain pula dan berjaya mengalahkan team A.
Datuk Dr.Rahman Ismail tanding jawatan Timbalan KetuaUmno Bahagian Gombak.dari team A. Lawan Datuk Megat Zulkarnain dari team B dan 3 lagi saingannya |
Sementara Ketua Puteri telah di menangi oleh Maizatul Akma Ab.Rahim dari team B di bawah regu Datuk Said Anuar Ahmad,bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak pada pertanding musim lalu.
Kemenangan Ketua Wanita Puan Norseha dari regu team A.Walau pun Puan Norseha Satim telah menang? Tetapi dengan jumlah undi yang beliau dapati yang sangat tipis.
Puan Norseha Satim mendapat jumlah undi sebanyak 330 undi.
Sementara penyandang jawatan Ketua Wanita Datin Sharifah Salmah pula mendapat 329 undi.
Ini bererti Puan Sharifah Salmah hanya kalah dengan satu undi sahaja.Satu jumlah yang boleh jadi gila dibuatnya. Jika kalah dengan jumlah majoriti yang besar? Sesiapa pun dengan senang hati dapat menerimanya.
Tetapi bila kalah dengan hanya satu undi sahaja?. Kesalnya seumur hidup.Kalau tidak kuat iman,boleh jadi pengsan dibuatnya.Keputusan ini bukan saja semacam celaka 13 telah menimpa? Malah lebih teruk dari itu.
Pun begitu? Ini adalah merupakan ketentuan dari Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa untuk menetukannya.Ia tidak dapat dielakan lagi.Anda harus menerimanya dengan segala kesabaran walau pun ujian itu dirasa amat berat untuk dipikul.
Datuk Megat Zulkarnain dari team B pun nak tanding jawatan Tinbalan Ketua Umno Bahagian Gombak. |
Hakikat ini mesti difahami,diredhai dan diterima dengan hati yang terbuka dengan jiwa yang besar sebagai seorang ahli politik.
Seorang yang berjiwa besar sahaja sentiasa tabah menghadapai setiap ujian di dalam perjuangan baik didalam apa pun segi perjuangan yang kita ceburi di dunia.
Natijahnya adalah demikian. Kalau takut dilambung ombak? Jangan sekali-kali berumah di tepi pantai.
Sementara Naib Ketua Wanita pula? Ia telah dimenangi oleh Puan Rozila Zainudin dari team B.Beliau berjaya mengalahkan Puan Rosnah Abdul dari team A.
Norseha Satim,Ketua Wnita Umno Bahagian Gombak yang baru berjaya mengalahkan penyandangnya Datin Sharifah Salmah. |
Sementara Ketua Puteri pula telah dimenangi oleh Puan Maizatul Akma Ab.Rahim dengan kelebihan 8 undi mengalahkan Puan Norli binti Harun.
JAWATAN TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PUN SENGIT.
Bukan sahaja pertandingan jawatan Ketua Bahagian Umno Gombak yang akan jadi sengit pertandingannya.Malah jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian pun akan jadi sengit juga. Pertandinga akan berlakau di 4 penjuru alam jawatan tersebut.
Tokoh-tokh politik Umno Gombak yang akan terlibat dalam merebut jawatan nomber dua itu ialah,tokoh politik seperti Datuk Dr.Rahman Ismail,Datuk Megat Zulkarnain,Datuk Amir dan Sdr.Abu Samah. Empat orang akan beradu nasib untuk menduduki satu kerusi tersebut.
Penulis tidak mahu terlibat untuk menyebutkan siapakan di anatara 4 orang itu mempunyai nasib yang terbaik? Walau pun firasat penulis mampu untuk menyebutkannya.
Datin Sharifah Salmah,penyandang Ketua Wanita Umno Bahagian Gombak yang tewas di tangan Puan Norseha Satim. |
Lebih elok,kita serahkan kepada para perwakilan untuk menetukan siapkah yang mereka fikir-fikir layak dan berkebolehan untuk memikul tanggung jawab itu? Iaitu jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak yang begitu penting juga.
Andainay terjadi apa-apa pada Ketua Bahagian dalam masa 3 tahun itu?Maka Timbalan Ketua Umno Bahagianlah yang akan memangku jawatan itu iaitu,sebagai pemangku jawatan Ketua Bahagian Umno hingga ke mesyuarat Agung Umno di penggal yang baru.
Kalau kita tanyakan kepada mereka? Maka sudah pasti ke empat-empat orang dari mereka itu akan menjawab," saya layak," Kenapa anda katakan saya tidak layak? Apkah faktornya?
Berbagai-bagai lagi pertanyaan yang akan mereka majukan untuk menyokong kenapa mereka mengambil peluang unuk bertanding jawatan tersebut di dalam pemilihan tahun ini?
Begitu juga, jika kita tanyakan kepada para penyokong-penyokng mereka itu? Secepat kilat mereka akan menjawab bahawa "kudanya" akan menang.Manusia mana yang tidak akan membela boos-nya?
Di mana ada pohon yang rendang? Maka di situlah akan kita dapat lihat begitu ramai orang-orang yang hendak tumpang bertedu.
Kepada semua yang terlibat di dalam pertandingan dalam pemilihan Umno Bahagian Gombak,di semua perengkaat.Penulis ucapan selamt berjaya dan yang kalah jangan kecewa dan bermasam mula pula pada yang menang .
Hari esok masih ada.Jika pada pemilihan tahun ini? Anda kalah dan kecewa? Insya Allah! Ditahun -tahun yang akan datang cubalah lagi.Yang penting sentiasa bermohon dan berdoa kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. PadaNya kita menyembah dan padaNya kita memmohon. (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2.05 on October 18,2013).
3 comments:
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
Ketua Belia MCA Gombak YIP JIUN HANN,
Berkenaan bapa U (YIP KUM FOOK, MCA GOMBAK) bertiga, Empat Isteri dan kaya, itu hal U sendiri,
Mengapa U cuba Menbangkitkan Nama NABI MUHAMMAD S.A.W. bagi menburukkan nama kebaikannya. U cuba ingat memalukan Muslim?
Yip Jiun Hann, U bukan Muslim kami harap jangan menyetul hal Agama Muslim dan kebaikan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Kalau tidak kami akan ajar U seperti perkara yang terjadi di U.S.A
Kami Yang Benar,
RAKYAT GOMBAK
FORWARD BY DESA JAYA, KEPONG
Kepada seluruh rakyat Malaysia yang dihormati,
Dengan hormatnya sini, Kami ingin memaklumkan bahawa YIP KUM FOOK(YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat : NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR
Harap semua rakyat Malaysia mengambil perhatian dan jauhkan orang yang tersebut kerana jangan terkena tipu
Mereka sangat jahat dan hatinya hitam(kejam), sanggup menipu wang wanita, merosak keluarga orang lain dan sendirinya memakan wang Temple, SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, dan berpura-pura merepot ke polis resit hilang.........harap perhatian
Sekian dimaklumkan,
Terima Kasih
SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES
Post a Comment