Monday, October 28, 2013

PRK SUNGAI LIMAU : PAS Khianati penduduk-Jamil Khitr




Datuk Seri Jamil Khir Baharom,Ahli Parlimen Jerai,di mana (DUN) Sungai Limau,berada di dalm Kawasan Parlimen Jerai.
JERAI 28 Okt. - Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan Pas telah mengkhianati penduduk di Sungai Limau jika benar mereka menggunakan gambar superimpose dalam risalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, bagi menonjolkan imej positif calonnya, Mohd. Azam Abdul Samat.

Jamil Khir berkata, perbuatan tersebut tidak wajar dilakukan dan menunjukkan Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan pengundi.

"Kenapa mereka perlu sampai ke tahap berbohong. Kita mungkin boleh bersetuju kalau Pas katakan Mohd. Azam sebagai anak didik Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetapi biarlah kena caranya,"katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Ramah Mesra Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyerahkan zakat sebanyak RM150 kepada lebih 400 penerima manakala sebanyak RM60,000 zakat sumbangan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kepada empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PBK) Sungai Limau turut diagihkan.

Beliau mengulas laporan Pas didakwa menggunakan gambar yang diubah suai melalui teknik pertindihan dalam risalah yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Gambar pertindihan berkenaan memaparkan Mohd. Azam bersama seorang lelaki yang merupakan Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd. Idros Mohd. Ali bertemu dan sedang duduk berbual secara berhadapan dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Namun gambar sebenar ialah Mohd. Idros bersama Timbalan Pengarang Berita akhbar itu, Muhamad Mat Yakim yang bertemu Azizan tiga tahun lalu dan perkara tersebut disahkan oleh akhbar berkenaan hari ini. - UTUSAN ONLINE-POLITIK (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2202 hrs on October 28,2013.

No comments: