Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen parti PAS dari Parit Buntar,Perak |
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan hak-hak Islam, pemimpin Pas sepatutnya hadir ketika keputusan tersebut dibacakan sebagai tanda sokongan kepada masyarakat dan umat Islam di negara ini.
Namun, sebaliknya yang berlaku, apabila hanya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sahaja yang datang ke Istana Kehakiman untuk mengikuti perkembangan isu tersebut.
"Nasharudin kini bukan terdiri daripada golongan pemimpin Pas, dia sudah dipecat daripada pelbagai jawatan, mungkin dia datang hanya sebagai sokongan atas tiket individu yang beragama Islam dan menyokong Islam.
"Pemimpin Pas hanya pandai bercakap sahaja, acuh tak acuh dalam perkara ini, lebih malang mereka sengaja menggunakan isu kalimah Allah untuk menarik undi masyarakat bukan Islam," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Kehakiman, di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Rayuan yang menghalang kalimah Allah digunakan dalam akhbar The Herald edisi bahasa Melayu.
Katanya, mana-mana pihak terutamanya pemimpin parti politik juga diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan mahkamah itu untuk kepentingan politik.
Beliau berkata, sebarang kenyataan yang mengelirukan daripada ahli politik berhubung keputusan tersebut hanya akan menyebabkan masyarakat majmuk di negara ini berpecah-belah mengikut kepercayaan agama masing-masing.
"Sehubungan itu, saya minta agar pihak berkuasa melakukan pemantauan dengan teliti bagi memastikan kalimah Allah tidak digunakan oleh kaum bukan Islam seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
"Saya amat bersyukur dan mengalu-alukan keputusan tersebut, ini adalah hadiah terbaik kepada umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidiladha esok," katanya.
Sementara itu, Nasharudin ketika ditemui pemberita berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah tepat berpandukan prinsip Islam. "Ini satu kejayaan bagi umat Islam, sepatutnya perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu besar, cukup dengan perbincangan sahaja, namun sebaliknya berlaku sehingga berlarutan ke mahkamah ( Utusan online-Dalam Negeri).Posted bya abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 5.29 am on October 15,2013.
No comments:
Post a Comment