Tuesday, October 15, 2013

Umno Cawangan (penaja) di Batu 10 Gombak Utara,melakukan Ibadah Korban 3 ekor lembu pada Hari Raya Korban tahun ini..

Tok Iman tempatan sedaag melakukan penyembeliah  lembu yang pertama dengan dibantu oleh anak-anak muda tempatan secara sukarela datang ke rumah Lan Lemang pada pagi Selasa,selepas solat sunat solat Aidil Adha pada tahun ini.


Oleh :Hj.Abu Bakar Ninggal
Khamis,Oktober 17,2013. at 1,.35am

PADA tahun lalu iaitu,pada tahun 2012 bersamaan dengan Zul Hijah 1433 kita umat Islam di Malayasia menyambut Hari Raya Haji, pada tanggal 26 hb.Oktober 2012 bersamaan tanggal 10 Zul Hijah 1433.

Pada tahun ini pula iaitu, pada tahun 2013 bersamaan dengan 10 hb.Zul Hijah 1434 kita umat Islam seluruh Malaysia menyambut Hari Raya Haji (Hari Raya Korban) jatuh pada hari Selasa,tanggal 15 hb.Oktober 2013 bersamaan 10 Zul Hijah 1434.Ertinyas lebih awal 11 hari berbanding pada tahun lalu.

IBADAH KORBAN

Sesungguhnya Ibadah Korban itu disyariatkan oleh agama Islam bermula pada tahun kedua Hijrah dan korban yang hanya dibolehkan ialah binatang ternakan seperti unta,lembu,kerbau dan kambing.
Setelah disembelih maka segera dilapah-lapah dan diserahkan kepada petugas yang memotong daging-daging itu secara kecil-kecilan untuk di agihkan kepada pada para penduduk di sekitar Batu 10 di Gombak Utara.
Islam mensyariatkan Ibadah Korban itu sebagai salah satu cara mendekatika  diri kita umat Islam kepada Allah s.w.t. sebagai mana sering kita ikrarkan dalam sembahayang kita: "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku,hidupku dan matiku adalah untuk bebakti kepada Allah s.w.t.semata-mata."

Ibadah Korban juga adalah sebagai melahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikanNya.

Manakala di antara hikmah persyariatan ibadah korban itu pula:

Pertama: Menanam dan menyemai sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladni kesabaran Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail a.s.

Kedua: Sifat yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah s.w.t.

Memandangkan bahawa ibadah korban itu mempunyai hikmah dan kelebihan yang amat banyak,maka sudah sewajarnya kita semua umat Islam merebut peluang ini dengan melakukan ibadah korban,pada sertiap Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Haji),setiap tahun.

Iaitu ,selagi hayat dikandung badan,jika mampu,sebelum kita dipanggil pulang oleh sang penciptaNya iaitu Allah s.w.t.

Dengan wajah yang serius dia memotong dagin dari peha
 lembu itu secara kecil-kecilan.
Rasulullah S.AW. pernah bersabda dan maksudnya:

"Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Aidil Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah Ta'ala dripada menumpahkan darah ( menyembelih korban).

Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya,bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi,maka hendaklah kamu buat korban itu denga hati yang bersih.( Hadis riwayat Termidzi).

Justeru marilah sama-sama kita berdoa,semuga dimurahkan rezek dan dapat melakukan ibadah korban.

Mudah-mudahan semoga amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan keimanan itu akan diterima oleh Allah s.w.t. dan mendapat ganjarn yang berlipat ganda.Amin, Yarabbal'alamin.

KETIKA ANGIN REFORMASI KENCANG BERTIUP?

Pada era angin reformasi tajaan Anwar Ibrahim sedang bertiup sangat kencang  iaitu, pada tahun 1999-2008.Lan Lemanag yang bermastautin di Batu 10, Gombak Utara,ketika itu menjadi ahli Umno dan aktif di Cawangan Taman Sri Gombak,Fasa 1 di dalam DUN Gombak Setia.di bawah ketua cawangan Rahman Jabar.

Entah apakah sebabnya tidaklah diketahui kenapa beliau menyertai parti keADILan Rakyat dan menjadi Ketua Cawangan Parti keADILan di tempat kediamananya di Batu 10,di Gombak Utara dan sekaligus Lan Lemang dilihat bergerak aktif untuk mengembangkan parti keADILan di kawasan tersebut.
Kemudian kaum ibu pula memotong kecil-kecilan dan di masukan dalam
 plastik untuk di agih-agihkan kepada penduduk-penduduk di sekitar Batu 10,Gombak Utara.
Dalam politik buat (U turn) ke parti ini dan ke parti itu? Adalah isu biasa dan lumrah berlaku.Dalam politik hari ini kita si anu itu kawan baik dengan si anu dan dilihat begitu mesra perhubungannya,tetapi esok atau lusanya kita lihat mereka dah jadi musuh ketat anatara satu dengan lain dalam politik.Dia maki depa dan depa pula maki dia.

Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Taib meninggalkan kerja jayanya sebagai guru dan bergerak aktif dalam Umno Selangor.Kemudian beliau diangkat jadi Menteri Besar Selangor.

Keadaan hidupnya dilihat bertukar dari seoarng guru sekolah.Top-top jadi Menteri Besar Selangor dan keadaan hidupnya dilihat semacam dah jadi kaya raya,mungkin bertaraf jutawaan? Punya wang ringgit tak habis makan untuk beberapa keturunan?

Malangnya menjelang pada PRU ke-13 beliau begitu TEGA meninggalkan Umno dan lantas menyertai parti PAS pula.Pada suatu masa DULU beliau sering menghentam PAS dari segala sudut.Dilayaknya PAS habis-habisan.Ujung-ujungnya menyertai PAS pula.Apkah ertinya ini?

Kalau kita bercakap fasal tidak patut? Sesungguhnya,bahawa tindakan Mohamad Taib itu keluar dari Umno itu memang sekali-kalai tidak patut. Semacam kacang lupakan kulit, langsung tidak mengenal budi dan jasa Umno.  Kerana beliau berada di dalam Umno-lah, maka senario kehidupan beliau dan keluarga bertukar wajah.

Sesungguhnya memang tidak patut Mohamad Taib telah mengucapkan selamat tinggal pada Umno di ketika Umno sedang berhempas pulas hendak cuba mengambil semula kuasa politik di Selangor yang telah hilang pada PRU-12 dulu di tangan parti-parti pembangkang iaitu dari PKR/PAS/DAP.

TIDAK MENGHAIRANKAN

Jadi apalah yang hendak dihairankan sangat dengan Lan Lemang yang hanya Ketua Cawangan keADILan di Gombak Utara dan merangkap AJK keADILan di perengkat bahagian.Mesti ada sebab-sebabnya kenapa beliau bertindak keluar meninggalkan KEadilAN (kini PKR).Kalau bercakap fasal kesana?

Jangan kira Hj.Abu Bakar Ninggal,Lan Lemang berserta kawan-kawan secara beramai-ramai keluar PKR tidak member sebarang kesan?Tapi kesannya sangat besar jika dibuat kajian yang mendalam dan terperinchi.
Lan Lemanag berbaju kurung hijau sedang melihat
 betapa seriusnya para pekerja itu  betugas melpah lembu
 yang telah disembelih itu

Contahnya.Pada PRU-12 pada tahun 2008 Umno kalah 4-0 di Gombak merupakan kawasan pengundi tradisional (pengundi kawasan kampung tradisional).Di sekitar kawasan Gombak Utara sahaja pada kempen Umno pada PRU-12.secara jelas dapat dilihat banyak "bilik gerakan" pilahanraya Umno tutup dan tidak berfungsi.

Akibat banyak di antara petugas-petugas bilik gerakan Umno tidak berfungsi disebabkan mereka menolong dan bertugas dibilikan gerakan parti  keADILan membantu Lan Lemang.

Kerana ketika itu hubungan Lan Lemang dengan mereka boleh dikatakan sekampug itu tetap erat berpulo-puloh tahun lamanya walaupun berlaianan fahaman politik.

BUAT U TURN KE UMNO....

Pada tanggal 08/04/2013 iaitu sebelum hari penaman calon bagi (PRU-13) penulis (Hj.Abu Bakar Ninggal) selaku pengasas dan bekas Tim.Ketua parti PKR dan Lan Lemang,selaku Ketua Cawangan PKR di Batu 10 di Gombak Utara dan sekaligus merangkap sebagai  bekas AJK parti PKR itu telah membuat pengisytiharan keluar dari parti PKR secara beramai-ramai.

Tindakkan yang kami ambil itu? Ialah akibat tidak ada keyakinan lagi dengan pucuk pimpinan Anwar Ibrahim dan konco-konconya di dalam PKR yang mana hanya pandai  membuat janji-janji,tetapi tak serupa bikin.

Dulu beliau dilihat berfahama nasionalis dan kuat memperjuankan syariat agama Islam , di mana sahaja beliau berpidato tidak pernah tidan menggunakan firman tuhan dan hadis-hadis.  Tapi kini dah bertukar jadi seorang yang berfaham libreal.

Pengisyitiharan itu dilakukan di dalam satu majlis makan malam yang meriah dan dihadiri seramai lebih kurang 500 orang hadirin di hadapan halaman rumah Lan Lemang,di Batu 10 Gombak Utara,di saksikan oleh sebahagian besar oleh pucuk pimpinan Umno Bahagian Gombak.Turut juga hadir di malam tersebut ilah pucuk pimpinan Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan juga dihadiri oleh pucuk pimpinan berpuloh badan-badan Ngo Selangor.

Dari kanan:Bersongkok dan berbaju kemeja hitam berbelang kuning Haji 
Abu Bakar Ninggal.Tengah Datuk Seri Noh Omar (berbaju biru)sedang menerima borang keahlian untuk
 meyertai Umno pada malam  8hb.April 2013 di hadapan halaman rumah Lan Lemanag. Kiri berbaju merah bercermin mata Lan Lemang(Mazlan Rashid)
Borang-borang menyertai Umno secara beramai-ramai itu  telah diserahkan kepada Datuk Seri Noh Omar yang ketika itu sebagai Timbalan Pengrusi Badan Umno Selangor.Kini sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor pula.

Sekaligus pada malam itu juga kami telah menyatakan bahawa kami akan menubuhkan  Cawangan Penaja dengan serta merta di hari berikutnya, di Batu 10 di Gombak Utara dan sekaligus bilik gerakan akan didirikan dengan serta merta guna membantu Umno berkempen pada PRU-13.

Kenapa tindakan itu harus kami lakukan dengan seberapa segera ?  Memandangkan bahawa PRU-13 benar-benar berada di ambang pintu, hari penaman calon Umno-BN telah tersebar luas, semacam sudah pasti, akan diadakan pada tanggal 18/04/2013.

Sesungguhnya, perang saikologi yang dilakukan oleh Hj.Abu Bakar Ninggal dna Lan Lemang berserta kawan-kawannya itu dan dihadiri pula oleh Datuk Seri Noh Omar,selaku Timbalan Ketua Badan Perhubugan Umno Selangor itu  pada malam itu?  Ianya telah diredha oleh Allah S.W.T.

Akibatnya? Ia merupakan satu peperangan urat saraf politik yang sangat berkesan dan memberi (political mileage) keuntungan politik kepada Umno terutama kepada orang-orang Melayu yang menjadi penduduk kampung-kampung tradisional Melayu khasnya semacam di dalam Parlimen Gombak itu sendiri.

Mungkin sekaligus di lain kawasan mengundi Malayu di kawasan kampung tradisional lain telah sedar kesilapan yang mereka lakukan pada PRU -12 dulu yang mana mereka dilihat telah menyokong PKR/PAS/DAP dan akhirnya orang-oranag Melayu kembali semula menyokong Umno pada PRU-13 itu.

Pada malam itu juga penulis lihat Utusan online menerusi di internet telah menyiarkan berita yang gempar itu dan pada esok paginya pula? Boleh dikatakan semua akhbar-akhbar tempatan arus perdana telah memuatkan berita itu untuk bacaan oleh pembaca-pembacanya di seantero Malaysia.
Walaupun  Cawangan Umno di Batu 10,di Gombak Utara itu
masih bersifat (penaja) tapi bilik gerak segara didirikan 
pada PRU-13 dan lebih aktif dari cawangan-cawangan  
Umno yang telah lama ujud.
Malah diikuti pula pada sebelah paginya, di siarakan pula berita-berita tersebut menerusi ruangan berita-berita di TV-TV tempatan  secara meluas hinggakan berita jam 8.00malam pada hari esoknya.

Banyak juga bloger-bloger telah menyiarkan berita-berita tersebut dan diikuti dengan"temu bual" telah dirakamkan dalam bentuk video yang mereka buat dengan penulis dan Lan Lemang pada malam itu dan telah disiarkan menerusi blog mereka sehingga tamat PRU-13.

Selepas satu dua hari kemudianya,berita-berita disertai dengan gambar-gambarnya sekali, tentang anggota-anggota PKR/PAS di seluruh Malaysia dari lain-lain negeri di dalam Malaysia telah mengikuti langkah kami itu.

Maka bertubi-tubi berita yang boleh dikatakan di setiap hari, menerusi akhbar-akhbar arus perdana dan berita-berita di di TV di semua saluran TV tempatan telah melaporkan bahawa banyak para pengikut dari parti pembangkang keluar beramai-ramai meninggalakmn  PAS/PKR  dan lantas menyertai Umno.

PRU-13 UMNO MENANGA DI KAMPUNG TRADISIOAL MELAYAU.


Bila kita membuat "postmortem" terhadap keputusan PRU-13.Misalnya di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri .

Kita dapati bahawa Umno telah memenangi di semua  kawasan mengundi dari para pengundi yang menduduki di kawasan "di kampung tradisionl" berbanding dengan keputusan PRU-12. Pakatan pembangkang kalah dengan teruknya di kawasan "kampung Melayu tradisional"pada PRU-13

Mereka walaupun menang di Patrlimen Gombak,ini adalah akibat  DAP berjaya memujuk pengundi Cina mengndi PAS/PKR. Undi Melayu berpecah tiga.Tapi undi Cina mengundi PAS/PKR.Sedangkan parti M.C.A.telah dimainkan oleh pengundi-pengundi Cina.

Sebanyak 3 kali pucuk pimpin M.C.A.di Parlimen Gombak mengadakan majlis makan malam dan telah dihadiri lebih kurang 10,000 orang para tetamu solid Cina,tua muda ,lelaki dan perempuan.

Tetapi bila di kira undi pada malam 05 hb .Mei 2013 di dalam Parlimen Gombak? Dari jumlah 29,000 orang pengundi Cina di dalam Parlimen Gombak?Maka calon Umno di Parlimen Gombak? Tidak sampai 1,200 orang telah mengundi Umno-BN.Betul-betul tsunam pengundi CVina telah melanda pada PRF-13.

Pihak pembankang menang di Parlimen Gombak, ialah hanya di kawasan-kawasan yang berupa taman-taman perumahan baru, di mana penduduk Cina dan India yang membeli rumah-rumah baru dengan qota yang diberikan  kepada pembeli kaum asing sebanyak 70%.

 
Lembu pertama
Sedangkan orang Melayu boleh membeli hanya 30% di kawasan taman-taman tersebut.

System membenarkan kaum lain membeli rumah-rumah baru di penempatan baru dengan qota 70%-30% di kawasan perumahan yang berada di taman itu dan di taman ini?

Lembu kedua
Ia jelas merupaka satu kesalahan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO-BN sejak mencapai kemerdekaan tanah air yang telah berjalan 50 tahun lamanya. Sesungguhnya kenapa Umno begitu tolol jadinya? Kenapa percaya sangat dengan kaum asing?

Umno dilihat,langsung tidak ada rasa perasaan cemburu bahaw pengundi-pengundi Cina itu pada suatu ketika yang mereka akan buat U turn, jika dah jadi golongan majoriti?
Lembu ketiga

Kini nasi dah jadi bubur? Apa yang Umno mampu buat? Walaupun Umno kini masih jadi kerajaan pusat ? Tetapi akan dapatkah Umno terus mempertahankan senario ini?

Sedangkan di Parlimen Umno-BN tidak cukup suara ( dua per tiga) yhang membolehkan Umno-BN pinda perlembagan untuk mengubah kawasan sempadan mengundi?

Tsunami pengundi-pengundi Cina harus segra difikir-fikirkan dan cepat-cepat di atasi oleh Umno sebagai masih menjadi kerajaan pusat.

Contoh yang kedua: Setelah Penulis dan Lan Lemang secara beramai-ramai keluar meninggalkan PKR? Maka pada mesyuarat agung cawangan-cawangan Umno di sekitar Gombak Utar ,Batu 10,kami dimaklumkan oleh Ketu-ketua cawangan Umno sendiri tidak begitu susah hendak mengadakan mesyuarat agung cawangan mereka.

Ini disebakan jiran-jiran mereka yang dulu-dulunya menyertai parti PKR atau PAS dah menyertai semula Umno.Masalah tidak cukup qorum mesyuarat tidak timbul laghi.Mereka bersyukur dengan senario yang baru ujud itu.

DI HARI RAYA KORBAN , LAN LEMANG DAPAT PERHATIAN.

Walau pun hingga kini Cawangan penaja Umno, di Batu 10 Gombak Utara itu, masih bersifat cawangan penaja lagi? Tetapi Lan Lemang sanggup berbuat apa sahaja kerja-kerja yang dapat memberi manfaat untuk masa depan Umno pada keseluruhannya.

Sebagai contohnya. Sempena menyambut ketibaaan Hari Raya Aidil Adha (Hari Raya Korban),pada hari hari Selasa(semalam),pada 15/10/2013.Maka Cawangan Penaja di bawah pimpinan Lan Lemang,di Batu 10,di Gombak Utara itu, diminta melakukan ibadah korban.

Dalam konteks untuk melakukan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini? 

Sdr.Lan Lemang sudah ada penyumbang lembu yang budiman unutk beliau dan AJK Umno Cawangan penaja,di Batu 1O Gombak Utara untuk melakuan kerja-kerja ibadah korban itu.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Di Shah Alam telah memberi sumbangan sebanyak 2 ekor lembu.Dan seorang hamba Allah dari kawasan DUN Hulu Kelang 1 ekor lembu untuk membolehkan Lan Lemang dan AJK Cawangan penaja,di Batu itu melakukannya

Sebagai penganut agama Islam.Kita semua maklum bahawa Islam mesyariatkan Ibadah korban itu sebagai salah satu cara mendekatkan diri kita umat Islam kepada Allah S.W.T.sebagai mana sering kita ikrarkan dalam sembahayang kita 5 waktu dalam sehari:
Bila penulis tiba di rumah Lan Lemanag selepas solat sunat Aidil Adha,
penulis dapati 3 kanopi unuk tetamu biasa telah didirikan untuk meraikan
 penduduk kamung sekitar Batu 10 Gombak Utara pada sebelah malam 
di majlis Silturrahim antara penduduk-penduduk kampung di Batu 10,di Gombak Utara.

"Sesungguhnya sembahyangku.ibadahku,hidupku dan matiku,adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.semata-mata."

Ibadah korban juga untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah s..w.t. di atas segala nikmat dan segala rezeki yang telah diberikanNya. Manakala hikmah persyariatan ibadah korban itu pula:

Pertma : Menanam dan menyemai sifat terpuji dan nilai-nilai murni ke dalam diri dengan meneladani kesabaran Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail a.s.

Kedua : Sifat yang mengutamakan ketaatan dan rasa cinta kepada Allah s.w.t.


Menurut Lan Lemang inilah kali pertama beliau selaku penduduk di Batu 10,Gombak Utara, diminta oleh oranag-oraang tertentu untuk melakukan kerja-kerja ibadah korban di Hari Raya Aidil Adha di tempat kediamannya itu.

"Sesungguhnya saya merasa amat bangga dan terhormat disebabkan ada orang-orang yang budiman memberikan kepercayaan kepada saya dan meminta saya dan kawan-kawan di dalam Umno Cawanag Penaja,di Batu 10 Gombak Utara ini, melakukan kerja-kerja ibadah korban yang sangat mulia di sisi Allah.

"Dengan adanya 3 ekor lembu untuk dijadikan ibadah korban di tempat kami ini,maka dapatlah kami mengagih-agihkan daging korban itu kepada semua para penduduk Islam Melayu yang bermastautin di kawaasna Batu 10 Gombak Utara ini yang berhak menerimanya,"katanya dengan tegas.

Seterus Lan Lemnag berkata,selain dari mengagih-agihkan daging lembu yang 3 ekor itu.Kamai juga merancang untuk mengadakan satu (majlis silaturahim) pada malamnya untuk menjemput para penduduk di sekitar Batu 10 Gombak,hadir pada jamuan makan malam pula untuk guna mengeratkan lagi tali perhubugan kami anatara satu dengan lain agar jadi semakin rapat dan semakin mesra.

Dari kiri:Puan Siti Aisah Yunus,Kwetua  Wanita penaja.Sebelahnya Mohh Izham,Ketua Pemuda.Mazlan Lemang berbaju hijau,Ketua Cawangan penaja.Dan sebelahanya ialah Nurmasmadira binti Mazlan Ketua Puteri penaja Umno Batu 10 Gombak Utara.
Katanya,kami juga akan menjemput kawan-kawan seperjuangan kami di dalam badan Ngo-Ngo Selangor hadir,pada majlis jamuan (majlis silaturrahim) itu nanti.Mereka ini telah banyak membantu pada kempen PRU-13 dulu.

Untuk itu kami memerlukan sekurang-kuranya 4 buah kanopi biasa,lengkap dengan meja-meja dan kerusi-kerusi yang sewanya berharga RM1000-00 bagi menapung kehadiran para tetamu pada malamnya pula.

Penulis pergi ke  kediaman Lan Lemag,pada petang Hari Raya Aidil Adha itu kerana hendak membeli lemang buatan dn jualan beliau.Nama beliau ialah Mazlan bin Rashid,tapi lebih terkenal dengan nama (Lan Lemang),di Batu 10,di Gombak Utara.

Lan Lemanng ini, lazimnya, ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha,dia dan isterinya tidak pernah ketinggalan menjual lemang. Lemangnya sangat laris disebabkan rasanya sedap dan harganya pula lebih murah.Size kecil hanya RM6-00 dan saiz besar bulohnya RM8-00 aje.

"Apakah anda sudah dapat penyumbang tentang kenopi itu?" tanya penulis rengkas.

"Inilah yang sangat merunsingkan hati kami.Saya sudah cuba meminta kepada beberapa orang jutawan,dari kalangan orang-orang Umno,pejuang politik, di kawasan Parlimen Gombak ini

"Tapi malagnya, hingga kini,jam 6.15 petang masih belum ada jawapan yang positif dari mereka. Orang kaya-kaya yang jadi orang-orang politik di Parlimen Gombak itu. Saya benar -benar gelabah tentang isu kanopi ini..Jemputan sudah dibuat...saya takut mereka itu( orang-orang kaya) itru tidak mahu membanu kami,namapaknya tetamu kami akan makan ,duduk bersila di atas rumput," katanya cemas.

Ketika itu, penulis tiba-tiba teringat kepada seorang kawan penulis  yang menjadi kawan seperjuangan yang termasuk di dalam golongan sebanyak 12 orang dari PKR telah buat U turn ke Umno sebelum PRU ke-12 dulu.

Sebaik sahaja beliau buat U turn ke Umno.Rezekinya dah berlebih-lebihan di kurniakan oleh Allah s.w.t., syukurlah beliau kini dah jadi jutawan muda juga.Rasanya, tidak perlu penulis sebutkan namanya di sini dan beliau pun tidak mahu namanya diorbit-orbitkan. Sumbangan benar-benar ikhlas kerana Allah s.w.t.sempena dengan Hari Raya Korban pada tahun ini.

Menerusi telepon bimbit, penulis segera menghubungi beliu .Penulis telah ceritakan masalah yang sedang menimpa Lan Lemang.Dia pun kenal juga dengan Lan Lemang ,tapi tidak begitu rapat. Setelah mendengar keluhan Lan Lemanga yang telah saya sampaikan itu?

Maka dia sanggup menyumbangkan jumlah wang untuk meyewa kanopi itu dan beliau meminta Lan Lemanag confirm buat pesanan 4 kenopi itu seberapa segera kerana hari dah menjelang senja dan pejabat kenopi semuanya dah tutp niaga.

Pada malamnya,penulis telah membuat pertemua pada si dermawan itu dan beliau tiba di restauran yang telah dijanjikan tepat jam 9.00 malam.

Tanpa banyak bicara. Beliau telah menyerahkan wang itu pada penulis dan esok paginya iaitu, setelah selesai solat sunat Aidil Adha,penulis terus ke rumah Lan Lemang untuk menyerahkan wang sumbagan dari si dermawan itu.Maka selesai masalah kanopi itu.
Inilah sebahagian besar bilangan AJK Cawangan Penaja Umno,Batu 10 Gombak Utara di bawah pimpinan  Mazlan Lemang yang bekerja keras menjayakan majlis Ibadah Korban 3 ekor lembu,pada Hari Raya Aidil Adha,pada tahun ini.Pada malamnya pula iaitu, bermula jam 8.30 malam telah diadakan dengan meriah majlis makan malam yang bersifat silaturahim. Telah dihadiri oleh para penduduk kampung tradisional Melayau,di sekitar Batu 10,Gombak Utara dan juga pemimpin- pemimpin dari Badan Gabungan Ngo-Ngo Selangor. .
Lan Lemang dan kawan-kawan sekampungnya mula melakukan kerja-kerja Ibadah Korban mulai jam 10.30 pagi. Penulis sempat mengambil gambar 3 ekor lembu yang disumbangkan oleh dermawan-dermawan itu kepada Lan Lemang untuk beliau melakukan Ibadah Korban di Hari Raya Aidil Adha,pada tahun ini.

Penulis telah mengambil gambar-gambar ketika kerja-kerja  Ibadah Korban itu sedang dilakukan secara sukarela oleh orang-orang kampung di sekitar Batu 10,di Gombak Utara dan gambar-gambarnya telah penulis paparkan di awal tulisan penulis di atas itu.

Penulis lihat begiu ramai anak-anak muda dan dewasa telah berduyun-duyun datang ke rumah Lan Lemang,secara sukarela membantu untuk menjayakan kerja-kerja Ibadah Korban yang sedang di jalankan di hadapan halaman rumah Lan Lemang.

Dalam masa yang singkat 3 ekor lembu-elmbu itu selamat disembelih,kemudian dilapah dan diserah kapada kaum -kaum ibu untuk memotongnya kecil-kecilan.

Kemudian dimasukkan ke dalam plastik,diisikan dengan satu kilo daging dan dicampurkan dengan hati,limpa dan tulang-tulangnya untuk di agih-agihkan kepada para penduduk yang telah datang untuk menerima daging korban itu.

Maka selesailah sudah kerj-kerja Lan Lemang yang telah di amanahkan oleh para penderma-penderma lembu yang budiman itu untuk dijadi Ibadah Korban pada Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini dengan jayanya.

Semoga sumbangan mereka  yang dermawan itu akan dibalas oleh Allah s.w.t. degan ganjaran yang berlipat ganda.Kalau dipanjangkan umur?

Insya Alllah!Di tahun hadapan akan berjumpa lagi.Kerana dengan adanya majlis-majlis seperti( ibadah korban) di Hari Raya Aidil Adha dan lain-lain lagi aktiviti-aktiviti yang merupakan majlis Silaturrahim harus sering diadakaan terutamanya di kampung-kampung tradisional.

Guna mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara pemimpin Umno di cawangan-cawangan dengan kalangan para penduduk setempat yang tidak pun menyertai sebarang parti politik. Jika antara pemimpin Umno cawangan-cawangan sering bertemu muak di dalam sebarang majlis silaturrahim?

Maka bila tiba hari Pilihanraya Umum? Maka sangat senang bagi para pemimpin cawangan Umno meminta atau meraih sokongan dari mereka para penduduk kampung tradisional itu.

Orang yang macam Lan Lemang itu? Merupakan orang miskin dengan wang ringgit,tetapi kaya dengan tenaga empat kerat dan punya idea yang baik-baik.
Sebagai pembuat dan penjual lemang, hanya bila tiba Hari Raya Aidil Fitri dan pada Hari Raya Aidil Adha(haria raya korban) sahaja rezeki Lan Lemang boleh dikatakan adalah lumayan sedikit.selepas itu beliau terpaksa mengajar semuala di tanah getah di belakang rumahnya. Bantulah beliau dengan beri kerja-kerja lain. Skop ekonomi Umno luas tidak bertepi...justeru itu janganlah biarkan beliau buat  U Turn sana dan buat U turn sini....
Disebakan kemiskinan menghimpit diri? Maka sudah tentu beliau sendiri tidak mampu untuk hendak mengadakan majlis-majlis itu dan ini dengan wang sendiri kerana tidak punya wang yang lebih.

Justeru itu,kepada orang-orang Umno yang pernah jadi wakil rakyat dan yang baru hendak jadi wakil rakyat dan dah pun jadi wakil rakyat dan dah jadi kaya raya akibat dan telah dapat habuan kontrek ini dan itu dapat dari Umno.

Sentiasa hendak jaga status bekas (Yang Bewrhormat) dan dah jadi malas untuk melakukan sebarang aktiviti-aktiviti untuk mendekati rakyat akar umbi. Rakyat akar umbi yang menjadi tunjang bagi setiap kemenangan Umno hingga dapat bertahan berkuasa sebagai kerajaan pusat hingga ke hari ini.

Janganlah terlalu lokek dan kedekut sangat.Wang ringgit anda yang banyak itu tentu tidak akan anda bawa mati.Justeru demi survival Umno dang bangsa Melayu itu sendiri, maka sumbangkanlah wang anda kepada anak-anak muda yang masih punya tenaga yang masih segar bugar itu yang mampu menolong anda dan parti Umno.

Segar bugar untuk mengadakan majlis-majlis silaturrahim untuk mengekalkan hubungan mesra antara pemim pin cawangan-cawang Umno dengan rtakyat akar umbi.Mereka ini miskin dengan wang ringgit, tapi kaya tenaga dan idea untuk melakukan kerja-kerja itu.

Jika anda pandai melayani dan membelai mereka? Insya Allah! Taat setia mereka tidak akan berubah.Jika anda asyik hendak tunjuk kononya anda dah kaya raya,punya kereta-kereta mewah dan keluar pagi dari rumah untuk bekerja dan berniaga atau sebagainya tanpa toleh kiri dan kanan untuk melihat rumah-rumah mereka, rakyat akar umbi yang buruk-buruk belaka itu.

Maka anda jangan salahkan mereka jika mereka berpaling tadah dan tidak akan menyokong anda (Umno) di masa-masa yang akan mendatang iaitu, di hari esok yang tidak pernah habis,tapi kita suatu hari pasti akan mati.Segala yang kita ada seperti wang ringgit,harta kekayaan semua akan kita tinggalkan.

Matilah sebagai harimau mati meninggalkan belang.Tetapai manusia mati akan meninggalkan nama.Lazimnya nama yang baik sahaja akan disebut-sebut dan akan dikenang orang.Selamat menyambut Hari Raya Korban pada tahun ini.Maaf zahir batin. Taqobala lahu minna waminkum. (Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1.35 am on October mn17,2013.


No comments: