Monday, March 31, 2014

PM Australia pertahan pengumuman Najib penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi

ISNIN, 31 MAC 2014 12:04 
(WARTAWAN AGENDADAILY)
Perdana Menteri Australia,Tony Abbott bertemu  dengan anggota TUDM di Perth
Ketika segelintir waris penumpang MH370 warga China buat riuh mahukan Malaysia meminta maaf kononnya membuat pengumuman awal tanpa bukti yang kapal terbang MH370 itu 'berakhir' di Selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Australia Tony Abbott tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Razak dalam hal ini.

Beliau menegaskan Najib tidak silap membuat kesimpulan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi berasaskan pelbagai petunjuk yang ada mengenainya.

"Himpunan bukti menunjukkan pesawat tersebut hilang dan ia hilang di satu tempat di selatan Lautan Hindi.

"Itu adalah gelombang bukti yang amat besar dan saya rasa Perdana Menteri Najib Razak amat berhak membuat kesimpulan itu, dan saya fikir sebaik kesimpulan itu dibuat, beliau bertanggungjawab mengumumkannya,” kata beliau selepas melawat tempat yang menjadi markas operasi penyelamat MH370 di Lapangan Terbang Tentera Udara Australia di Perth pagi Isnin.


Sebilangan lagi waris penumpang dari China yang tiba di negara ini pada Ahad menuntut bertemu Najib serta mendengar permohonan maaf darinya atas pengumuman tersebut.
Tony Abbott yang sempat bertemu dengan pasukan tentera Malaysia yang tiba di Perth untuk menyertai misi SAR itu turut berikrar pencarian MH370 akan diteruskan walaupun tindakan tersebut mengalami kesukaran.

Abbott berkata, usaha mencari akan diteruskan walaupun tiada serpihan ditemui di Lautan Hindi sejak lebih tiga minggu.

"Keadaan masih terlalu awal untuk mengurangkan usaha mencari," katanya.

Sementara itu, media milik kerajaan di China meminta rakyat negara itu menghadapi tragedi pesawat MH370 yang hilang secara 'rasional' selepas pelbagai dakwaan serong ahli keluarga penumpang yang menarruh harapan mangsa masih lagi hidup.

Menggunakan tajuk “Hadapi tragedi MH370 dengan rasional', akhbar China Daily milik kerajaan, hari ini memaparkan artikel editorial akhbar itu mengenai MH370. Akhbar itu berkata:

"Ia hampir nyata bahawa pesawat MH370 jatuh di Lautan Hindi dan tiada seorang di dalam pesawat terselamat."

"Kita tidak sepatutnya lagi menaikkan lagi perasaan marah mengenai fakta ini sebaliknya hadapi dengan rasional.

"Perkataan dan tingkah laku adalah dua perkara yang 'tidak banyak membantu' dan mereka yang terbabit perlu membuat persiapan untuk pengkebumian."

Akhbar itu juga menekankan bahawa ia memerlukan banyak masa untuk mendapatkan penemuan dan menganalisis data teknikal mengenai kejadian itu.

"Mengapa kita tidak bersabar dan menunggu sehingga mereka menjumpai bangkai pesawat dan mendapatkan bukti," tanya akhbar itu.

"Pendapat umum tidak sepatutnya menyalahkan pihak berkuasa Malaysia kononnya menyorokkan maklumat disebabkan sukarnya untuk menemui bahan bukti," kata akhbar itu.

Penulis artikel itu, Mei Xinyu adalah seorang penyelidik di Institut Kementerian Perdagangan dan amat dikenali sebagai pengalisis mengenai isu tuntutan perdagangan antarabangsa.-31/3/2014(Posted by abnmulya.blogspot.com.at 1735 hrs on March 31,2014.

No comments: