Monday, March 31, 2014

RUNDINGAN AS,RUSIA BERHUBUNG ISU UKRAINE GAGAL

Aktivis pro-Rusia bergelut dengan penyokong kerajaan sementara Ukraine di Odessa, Ukraine ketika John Kerry mengadakan pertemuan dengan Sergey Lavrov di Paris, Perancis berhubung krisis Crimea, kelmarin. - AFP 

PARIS 31 Mac - Amerika Syarikat (AS) dan Rusia gagal mencapai kata sepakat berhubung isu Ukraine selepas wakil kedua-dua pihak mengadakan pertemuan di sini, semalam dengan Setiausaha Negara AS, John Kerry menggesa Moscow mengundurkan tenteranya.

Dalam pertemuan semalam, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, perbincangan dengan rakan sejawatnya dari AS, Kerry menunjukkan ‘kemajuan’ dan akan diteruskan. Lavrov berkata, kedua-dua pihak telah menyatakan pelan masing-masing bagi meredakan krisis tetapi masih gagal bersetuju tentang punca konflik di Crimea tercetus.

Jelasnya, pelan Moscow adalah untuk membenarkan sebahagian wilayah Ukraine menggunakan bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi kedua dan diberi jaminan lebih kebebasan daripada Kiev.


"Rusia yakin bahawa fahaman persekutuan merupakan elemen penting dalam pembaharuan Perlembagaan yang mesti dilaksanakan oleh Kiev.

"Kita perlu mencari persetujuan dan tolak ansur antara wilayah-wilayah Ukraine," katanya kepada pemberita selepas pertemuannya dengan Kerry selama empat jam itu. Dalam pada itu, Kerry berkata,

Washington akan bekerjasama dengan kerajaan sementara Ukraine bagi memastikan hak golongan minoriti dan bahasa terjamin.

Bagaimanapun, beliau mendesak Rusia mengundurkan tentera di sempadan Ukraine dan sebarang perbincangan berhubung masa depan Ukraine perlu melibatkan pemimpin dari Kiev.

Usaha terbaharu tersebut diadakan selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi Presiden AS, Barack Obama bagi mencari jalan penyelesaian krisis terburuk antara Barat dan Timur sejak era Perang Dingin. - AFP ( Utusan online-Luar Negara).Posted b y abnmulya at 9.41 am on Ap[ril
01,2014.

No comments: