Monday, July 14, 2014

ISRAEL GUNA SENJATA HARAM

KEPULAN asap kelihatan di udara di tengah pekan Rafah apabila pesawat pejuang Israel membedil sebuah bangunan di selatan Gaza, semalam. - AFP

GAZA 14 Julai - Tentera Israel dipercayai menggunakan senjata yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa ketika melancarkan serangan udara ke atas penduduk Palestin di Gaza, sekali gus mengukuhkan bukti bahawa rejim Zionis itu melakukan jenayah perang.

Portal berita palestine-info.co.uk yang memetik kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Palestin, Yousuf Abul-Rish berkata, semua pihak antarabangsa perlu tampil dan datang sendiri ke Gaza untuk merekodkan kekejaman Israel yang kini meragut 172 nyawa penduduk awam Palestin.

Yousof berkata, pegawai perubatan di hospital Gaza mendapati mangsa yang cedera atau maut mempunyai kesan luka yang dalam, kebiasaannya berpunca akibat penggunaan senjata konvensional yang tidak sah.
Atas nama kononnya untuk mempertahankan Tel Aviv, Israel melakukan keganasan yang melampau batas, rakyat Palstin yang tidk berdaya bermandikan darah. Anak-anak klecil yang tidak tahu apa-apa pun telah jadi korban.Trajedi yang dah jadi macam ini pun, pemimpin Arab di Timur Tengah dilihat masih bersikap tenguk dan lihat sahaja.

Tambahnya, penggunaan senjata tersebut ke atas manusia secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa terutamanya Konvensyen Geneva Keempat.

"Rejim Zionis juga menggunakan kapal perang, pesawat dan artileri untuk membunuh kanak-kanak, wanita dan penduduk awam yang tidak bersenjata di Gaza, sekali gus meninggalkan kesan kecacatan yang teruk kepada ramai mangsa," katanya.

Kenyataan Yousuf itu disokong seorang doktor Norway yang bertugas di Hospital Al-Shifa dekat Gaza, Mads Gilbert yang berkata, kebanyakan mangsa yang cedera atau terbunuh mempunyai kesan kecederaan yang sangat teruk akibat terkena letupan bom berbahaya yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

Jelasnya, tahap kecederaan itu berpunca akibat serpihan bom yang diubahsuai untuk memberi luka yang besar di bahagian berbeza pada badan mangsa.( Utusan online-Luar negara).Postd by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1423 hrs on July 15,2014.

No comments: