Sunday, July 13, 2014

Zulkifli Noordin :Kini rakyat Palestin dibunuh di Gaza oleh Israel semahu-mahunya....


Mana dia tentera bendera hitam ISIL Arab? Mana dia Kalipah Al-Baghdad Arab? Hanya hebat setakat sembelih umat sesama Islam di Iraq dan di Syria sahaja? Memalukan... Dayus dan kecut perut bila rakyat Palestin di Gaza dibunuh oleh zionis....Arab oh Arab....apa dah jadi dengan kamu?

Oleh Haji Abu Bakar Ninggal

Isnin,July 14,2014 at 5.04 pm.

Sehingga hari ini,ketika tulisan ini dibuat,serangan bom dan roket yang bertubi-tubi oleh rejim  Zionis di Gaza sehingga menyebabkan  beratus-ratus rakyat Palestin terbunuh dan cedera dan tindakan itu disifatkan sebagai tindakan "barbarisma"yang telah dilakukan oleh rejim zionis yang tidak berhati perut.

Sehingga semalam,telah dilaporkan melalui media antarabangsa bahawa angka kematian meningkat 121 orang sementara sebanyak 920 orang lagi cedera apabila tentera  Israel terus membedil Gaza semahu-mahunya.

Tentera Israel  melakukan serangan ke kawasan penempatan yang padat dengan penduduk awam sekaligus mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa.

Alasan -alasan yang telah diberikan oleh pihak Israel tentang kewajaran tindakan gila mereka itu? Kononnya Israel mahu menggempur pejuang Hamas tetapi yang menjadi mangsa ialah penduduk awam yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.

Datuk Zulkifli Noordin aktivis tanah air yang popular
Zulkifli Noordin terpanggil untuk menulis diblognya.

Dalam konteks malapetaka yang kini sedang menimpa rakyat Palestin di Gaza itu, Datuk Zulkifli Noordin ,seoarang peguam dan mantan ahli Parlimen Malaysia, pada PRU ke-12 (2008) dan aktivis tanah  air yang teresohor dilihat tidak dapat berdiam diri.

Beliau merasa terpanggil untuk menyatakan isi hatinya dan dengan suara yang lantang ,tidak segan dan silu telah menghemtam banyak pihak bersabit dengan penderitaan yang sedang dan telah menimpa rakyat Palestin di Gaza.

Mangsanya yang terdiri dari kanak-kanak,perempun-perempuan yang telah terkorban akibat keganasan kejam oleh rejim zionis Yahudi laknattullah itu.

Di bawah ini ada penulis turunkan sepenuhnya gambar-gambar dan tulisan yang telah dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin di blognya,pada dua hari yang lalu, untuk tatapan kita bersama yang memang begitu perihatin serta simpati tentang penderitaan yang sedang di alami oleh rakyat Palestin di Gaza berpuloh-puloh tahun lamanya tanpa penyelesai yang muktamad.

Kebetulan serangan yang sedang dilakukan oleh Israel sekarang ini,benart-benar di ketika di mana rakyat Palestin khasnya dan umat Islam sedunia amnya berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia.

Bayangakan betapa sengsaranya rakyat Palestin yang terpaksa menempuh dan melakukan ibadah puasa pada ketika ini di dalam keaadan peperangan yang sengaja dilakuakn oleh bangsa Yahudi laknattulah itu.?

Teks penuh denyut nadi Datuk Zulkifi Noordin adalah seperti berikut di bawah ini.(Pengarang).

SALAM 2 ALL

Sampai
bila kita asyik nak hantar misi bantuan kemanusiaan,hantar baju,hantar selimut,hantar duit?

Sampai bila kita asyik nak solat hajat,nak kutip derma,nak hantar memeorandum,nakberdemo di jalanan,nak guling atas jalan raya? Sampai bila wahai saudaraku para muslimin semua?

Jenazah anak kecil yang jadi korban pengeboman tentera zionis  Yahudi sedang di solatkan jenazahnya.
SEJAK 02 Nobember 1917,setelah tamat perang dunia pertama,apabila Lord Balfour,Setiausaha Luar British menghantar surat kepada Yahudi laknattullah Lord Rothschid menyatakan illitizam dan komitmen British untuk membentuk sebuah negara Yahudi di tanah Palestin.

Sejak itu hingga kini umat Islam Palestin tidak pernah lagi kenal keamanan.

Dokumen sehelai muka surat yang kini dikenal sebagai Perisytiharan Balfour mengubah segala-galanya-umat Islam Palestin menjadi banduan di dalam negeri mereka sendiri.

Hanya dengan sekeping surat berikutan kekalahan Empire Usmaniah dalam perang dunia pertama bersama German dan Itali,kuasa penjajah British dengan wenangnya menggadaikan tanah Palestin kepada Yahudi.

Maka terbentuklah negara jahanam Israel lakanttullah di tengah 'bumi Arab' di atas bumi yang diberkati 'Msjidil Aqsa'.
Segala unndang-undang anatarabangsa dilanggar roboh oleh Israel.Masjid tempat ibadah umat Islam pun dibom oleh tentera zionis barbarian itu.

Sejak itu nyawa umat Islam Palestin umpama di hujung tanduk!

Saya pernah beberapa kali ke Palestin,termasuk Gaza,Masjdil Aqsa,Tebing Barat,Hebronb,Jericho dan lain-lain.Malah saya berkesempatan tinggal bersama mereka buat beberapa ketika.

Malah saya bersama Datuk Seri Najib dan Datin Sri Rosmah sekeluarag semasa lawatan bersejarah mereka ke bumi Palestin pada 20/01/2013.

Bayangkan kehidupan rakyat Palestin

Bekalan elektrik dan air dikuasai dan dikawal oleh Israel,mereka boleh menutupnya dan mereka sentiasa menutupnya bila masa setiap hari mengikut suka mereka.

Bayangkanlah bekalan elektirk dipotong sewaktu pembedahan sedang dilakukan di Hospital Jabaliyah.
Aktivis tanah air dengan gigih keluar mengutip derma untuk rakyat Palestin di Gaza yang sedang dibom oleh tentera Israel hampir masuk satu minggu. Soalnya? Sampai bila kena buat begini?

Bayangbkan jet poejuang Israel terbang rendah di atas sekolah dengan dentuman bunyi supersonik yang memekakan telinga.

Bayangkan penembak cepat sniper tentera Israel sentiasa menghalakan muncung senapangnya dan menembak bila-bila masa sahaja termasuk kanak-kanak dan kepada sesiapa sahaja mengikut suka mereka.

Bayangkan kereta kebal Israel yang besar dan gah sentiasa menghalakan muncung meriamnya ke arah hospital,rumah dan lain-lain dan bersedia mengbom pada bila-bila masa.

Bayangkan tentera laut Israel mengawal sepanjang pantai Mediteranean dan akan menembak hancur mana-mana bot nelayan Palestin masuk melankah garis larangan sempadan yang zionis tetapkan terlalu dekat dengan pantai.

Bayangkan ibu-ibu menghantar anak-anak ke sekolah tiap-tiap pagi dengan iringan tangisan air mata kerana tidak tahu  akan dapat berjumpa semula anak-anak itu kerana mungkin sekolah mereka akan dibom  atau anak-anak mereka terbunuh mati oleh tembakan sniper Israel.

Bayangkan jemaah ke masjid untuk bersolat belum tentu balik hidup atau di dalam beg mayat.

*Kita hanya mampu hantar ubat-ubatan dan kain selimut?

*Dan kita hanya mampu kutip wang derma?

*Dan kita hanya mampu buat solat hajat dan doa  qunut nazilah?

*Dan kita hanya mampu berdemo dan menyerahkan memo mengutuk Israel?

*Dan kita hanya mampu berguling di atas jalan raya ketika berdemo?

*Dan lepas itu kita berkumpul beramai-ramai di kedai mamak tenguk  Piala Dunia FIFA?

*Sedangkan kita menguasai pasaran minyak atau emas hitam dunia?

*Sedangkan kita ada tentera yang ramai jumlahnya jika digabungkan!

*Sedangkan kita ada  kumpulan komando elit yang hebat dan perkasa!

*Sedangkan kita ada jumlah hampir 1.5 billion  umat Islam seluruh dunia!

*Sedangkan kita ada senjata canggih,pesawat tempur,kapal tentera laut yang hebat.

*Sedangkan Nabi hanya ada  313 pengikut yang miskin dan tidak lengkap bersenjata!

*Sedangkan Khalid Ibnu Walid hanya ada 20,000 orang tentera berdepan dengan 1.2 juta tentera musuh

*Sedangkan Saidina Al-Ayubi hanya ada tentera yang berjalan kaki daripada Damsyik.

*Sedangkan Muhammad  Al-Fatah boleh memikul kapal perang melalui daratan

*Dan kita hanya mampu hantar selimut,bantal, ubat-uabtan,kutip derma sambil mendirikan solat hajat dan berdemo!

AYUHHAI muslimin,sampai bila?

Tepuk dada dan tanyalah Iman masing-masing.

*Ingatlah sabda Rasulullah saw yang mahumnya seperti berikut: "Akan datang suatu zaman nanti kafir akan bersatu menentang kamu seperti meratah makanan di dalam talam.Walaupun jumlah kamu ramai diwaktu itu,tetapi ramainya hanya seperti buih dilautan.Langsung tidak ada nilai disisi Allah.Dan kamu terjadi begitu kerana kamu terkena penyakit waham- hubbud  dunya wakano hiyatul maut--terlalu cintakan dunia dan takut mati."

SAYA tidak nafikan menderma itu penting.Saya tidak nafikan menghantar selimut,bantal dan ubat-ubatan itu penting.Malah saya angkat tabik kepada NGO-NGO  yang terlibat dengan misi kemanusiaan ke Gaza ini.

Soalnya sampai bila kita hanya sekadar menjadi tukang kutip mayat saudara-saudara kita di Gaza?

Mengapa dan kenapa kita begitu hebat dah gah bila berperang dan berbunuh sesama  sendiri?

Mana dia tentera bendera hitam ISIL Arab? Mana dia Kalipah Al-Baghdad Arab? Hebat hanya setakat sembelih umat Islam di Syria dan di Iraq sahaja?

Kenapa Kalipah Baghdad dan tenterta hitam ISIL tidak hantar segala tentera dan mujahiddin serta pengebom berani mati ke Gaza untuk berdepan dengan tentera zionis? Kenapa takut dan menikus jadinya?


Mike ada otak,pikiore sendiri yop!

Wallahualam dan wassalam.


Zulkifli bin Noordin
Sabtu.
14 Ramadahan 1436
12 Julai 2014.

(Posted by abnmulya /Bakar Ningal.blogspot.com. at 1708 hrs on July 14,2014).

No comments: