Friday, July 18, 2014

MAS sahkan identiti 16 lagi penumpang

KUALA LUMPUR 18 Julai - Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan kewarganegaraan 16 lagi penumpang MH17 yang terhempas di Ukraine.

MAS dalam kenyataannya di sini berkata, dengan pengesahan terkini itu, pecahan penumpang mengikut kewarganegaraan ialah Belanda (189), Malaysia (44), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).

"Baki empat penumpang belum lagi disahkan," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu susulan insiden tersebut, MAS kini tidak lagi terbang di ruang udara Ukraine, sebaliknya mengikuti laluan jauh ke selatan melintasi Turki.

Kenyataan berkenaan juga menyebut MH17 memohon untuk terbang pada ketinggian 35,000 kaki ketika melintasi ruang udara Ukraine dan ketinggian itu menghampiri ketinggian optimum. - BERNAMA(Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2341 hrs on JUly 18,2014.

No comments: