Friday, July 18, 2014

Najib mahu jaminan keselamatan untuk pasukan siasatan

Oleh Hussan Amran
Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Raak

KUALA LUMPUR 18 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pasukan penyiasatan diberi jaminan untuk memasuki kawasan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine dengan selamat.

Beliau berkata, ia boleh dilakukan menerusi gencatan senjata sementara di antara kerajaan Ukraine dan kumpulan pemberontak.

Najib berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis berbuka puasa bersama media di Angkasapuri di sini malam ini.

Beliau menambah, Presiden Rusia, Vladimir Putin menerusi panggilan telefon memberi jaminan akan menggunakan pengaruhnya untuk membantu pasukan penyiasatan melaksanakan tugas mereka. - UTUSAN ONLINE-DALAM NEGERI ( Posted by abnmulya / Bakar Ninggal .blogspot.com.at 23.58 hrs on July 18,2014.

No comments: