Friday, July 18, 2014

MH17 : Jakim hantar 10 imam ke Ukraine bantu pengerusan jenazah

PUTRAJAYA 18 Julai - Jakim menghantar 10 imam ke Kiev, Ukraine untuk membantu dari aspek pengurusan jenazah dan bimbingan berkaitan agama ekoran tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas semalam.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam kenyataan berkata, perwakilan Jakim itu diketuai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya Abdul Manaf Mat.

"Bagi tujuan mengadakan solat jenazah ghaib pula, kita akan memaklumkan kepada seluruh masyarakat sebaik urusan pengurusan jenazah dimandi dan dikafankan selesai," katanya.

Malam ini katanya, Jakim turut menghantar pegawainya ke Hotel Marriot, Putrajaya bagi mengepalai solat tarawih, bacaan tahlil dan yasin serta bimbingan kerohanian khusus kepada keluarga mangsa yang ditempatkan di hotel tersebut.

Beliau juga meminta semua masjid dan surau di seluruh negara sama-sama mengadakan bacaan tahlil khusus kepada mangsa yang terlibat. - BERNAMA ( Utusan online-dalam negeri).Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com at 12,21 am on July 19,2014.

No comments: