Saturday, July 12, 2014

Tan Seri Zaleha Ismail dan Datuk Dr.Rahman Ismail mantan (MP) Umno Gombak:

Tetamu VIP di Majlis Tadarus dan Sumbangan Hari Raya,anjuran oleh Persatuan Ibu Tunggal Lembah Keramat,Hulu Kelang.
Sebahagian dari 200 orang ibu-ibu tunggal yang telah hadir di majlis Tadarus dan Sumbangan Hari Raya di Dewan Rukun Tetangga,di Taman Permai,Hulu Kelang,pagi tadi. Majlis tersebut adalah aktiviti Persatuan Ibu-Ibu Tunggal di Lembah Keramat, pimpinan Puan Hajah Hasnah Abdul.



Sabtu,Julai 12,2014 
at 6.12 pm.



PESTA beribadah telah bermula bersama tibanya Ramadhan yang mulia.Rahmat Allah melimpah ruah untuk semua hambanya.Nikmat Allah mengalir mencurah-curah memeriahkan Ramadhan ini dengan beribadah.


Tingkatkan amal dan mujahaddah.Banyakanlah berzikir dan baca Al-Quran.Muhasabah dan sucikan hati. Seluruh anggota kita ada peranannya. Justeru itu, ianya perlu dijaga di setiap tindakan.

Dalam konteks berpesta beramal dan beribadah yang bermula bersama tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini.Penganut agama Islam di seluruh ceruk rantau Malaysia ini dilihat berebut-rebut melakukan amal ibadah bersempena dengan tibanya bulan Ramadhan yang mulia.

Persatuan Ibu Tunggal Lembah Keramat,Kuala Lumpur,di bawah pimpinan Puan Hajah Hasnah Abdul dan dibantu oleh kawan-kawan seperjuangan dengannya,sekali-kali tidak mahu ketinggalan turut sama berpesta melakukan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini.

Puan Hajah Hasnah Abdul,
Presiden Persatuan Ibu-Ibu 
Tunggal Lembah Keramat.yang 
paling aktif mendekati rakyat
Seperti pada tahun yang lalu,maka pada Ramadhan tahun ini juga,Persatuan Ibu Tunggal Lembah Keramat,terus menerus melakukan pesta amal ibadah di bulan Ramadhan yang mana ganjaran dari Allah swt sangat besar nilainya.

Pada pagi ini (pagi Sabtu),tanggal 12 hb.Julai 2014 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pagi ,persatuan ibu-ibu tunggal tersebut sekali lagi mengadakan aktiviti mendakti masyarakat dengan cara mengadakan Majlis Tadarus al-Quran dan sekaligus menyampaikan Sumbangan Hari Raya,khasnya kepada lebih 200 orang ibu-ibu tunggal di sekitar Lembah Keramat itu sendiri.

Datuk Dr.Rahman Ismail sedang 
menyampaikan beras 5 kilos
kepada ibu tunggal di majlis itu.
Majlis tersebut telah berlangsung dengan meriahnya di Dewan Rukun Tetangga,di Taman Permai,Hulu Kelang,Gombak.

Para tetamu VIP yang telah hadir di pagi tadi ialah Tan Seri Zaleha Ismail,Penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak. Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan MP Umno Gombak selaku Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Di majlis tersebut Tan  Seri Zaleha Ismail telah menderma sebanyak RM1000-00.Datuk Dr.Rahman Ismail RM2000-00.Senator Megat Zulkarnain RM300-00 melalui kiriman.

Tan Seri Zaleha menerima
cenderahati dari Persatuan Ibu Tunggal
Lembah Keramat.Sementara Puan Hajah
Rosnah Abdul,Pengerusi badan
Ngo itu (tengah) memerhatikannya
.
TAK ADA SATU SEN PUN!

Ketika menjawab pertanyaan penulis Puan Siti Zainiah Sulaiman,selaku juru acara pada pagi itu dan merangkap sebagai setiausaha persatuan tersebut memberi tahu penulis:

"Tiada satu sen pun derma dari UMNO Bahagian Gombak walaupun surat permohonan telah dihantar beberapa kali," katanya seraya mencemikkan bibirnya semacam meluat sangat mendengar nama itu.

Lantas penulis bertnya pada Pengerusi badan ngo tersebut Hajah Rosnah Abdul. Jawapan yang sama juga yang penulis terima.

"Pun begitu?Pada pagi ini,dengan adanya usaha-usaha gigih yang kami lakukan dan dengan izin Allah swt.,yang Maha Berkuasa,Maha Pengasih lgi Maha Penyanyang!

"Kami telah dapat mengagih-agihkan sumbangan barang dapor dan wang hari raya kepada 200 orang lebih golongan ibu-ibu tunggal yang hadir pada pagi ini dengan perbelanjaan berjumlah wang ringgitnya lebih dari RM 10,000-00  hasil dari derma-derma dan sumbangan oleh para dermawan tanah air" ujarnya lebih lanjut.

Puan Siti Zainiah Sulaiman,
S/Usaha Persatuan Ibu Tunggal
Lembah Kelang dan merangkap juru
acara majlis pagi tadi
.
"Kami amat bersyukur! Di luar sana, masih ada  ramai lagi
 insan-insan dermawan yang berjiwa besar dan benar-benar faham dengan hakikat beramal dan beribadah di dalam bulan Ramadhan itu amat besar pahalanya dari Allah swt.

"Orang-orang yang berjiwa kecil sahaja, mata dan hatinya itu jadi buta dengan amalan berpesta melakuankan amalan dan beribadah di bulan Ramadhan," sambung lagi Puan Siti  Zainiah Sulaiman dengan diiringi senyum manis yang penuh makna.

Majlis mengakhiri acaranya dengan bergambar ramai antara jemputan VIP dan para  AJK Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Lembah Keramat.Satu-satunya  badan NGO yang begitu aktif di Hulu Kelang.Pengaruhnya amat besar.

Selaku NGO yang Pro Kerajaa,maka Pesatuan Ibu-Ibu Tunggal Lembah Keramat dilihat berperanan besar mempengaruhi para pengundi di sekitar Lembah Keramat pada PRU ke-13 dulu.

Ibu-ibu tunggal sedang beratur pada satu barisan menunggu giliran 
menerima sumbangan dari Persatuan Ibu Tunggal Lembah Keramat.
Pada PRU ke-13 dulu calon Parlimen Umno Gombak,Datuk Dr.Rahman Ismail telah menang di semua pusat mengundi di kawasan-kawasan Melayu berbanding dengan calon Umno di DUN Hulu Kelang itu sendiri.

Ertinya Datuk Dr. Rahmana Ismail lebih popular dan lebih disayangi oleh pengundi-pengundi Melayu di DUN Hulu Kelang itu sendiri.

Ini menunjukkan bahawa peranan badan-badan NGO di Hulu Kelang itu terutama dari kaum ibunya dilihat telah bekerja kuat dan menghasilkan keputusan yang amat berkesan untuk memenangkan Datuk Dr.Rahman Ismail di Perlimen Gombak atas tiket Umno.

Tanpa undi dari kaum Cina,gabungan parti-parti dari (Pakatan Rakyat) tak usah mimpi akan menang di Parlimen Gombak atau pun di DUN-DUN Gombak.

Justeru itu,sikap negatif yang memandang remeh sahaja peranan badan-badan NGO dari kaum hawa atau dari kaum Adam di Parlimen Gombak oleh orang-orang yang anti pada badan-badan NGO?

Ini merupakan satu tindakan jahil politik dan sekaligus ianya bererti anda menggali kubur sendiri oleh parti-parti politik di kawasan Parlimen Gombak.Percayalah!!Sejarah politik pahit akan berulang lagi.Ada ubi ada batas ada budi pasti akan dibalas.

Tanpa budi anda akan gigit jari bukan hanya sekali,tetapi akan berkali-kali jadinya..ha..ha..ha...!. (Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blospot.com.at 1812 hrs on Julai 12,2014).

No comments: