Friday, July 11, 2014

Umno KUTUK Kekejaman Israel di Gaza

Oleh HUSSAINI AMRAN dan MOHD. ASRON MUSTAPHA

Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR 11 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel dalam serangan terbaharu di Gaza.

Beliau berkata, UMNO sentiasa berdiri teguh di sebalik perjuangan rakyat Palestin untuk mempertahankan hak mereka.

"Apabila sampai masanya, kita akan turut memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa serangan tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-Dalam Negeri.(Posted by abnmulya /Bakar Ninggal.blogspot.com. at 2140 hrs on Julai 11,2014.

No comments: