Sunday, August 17, 2014

Kemelut MB Selangor : Nik Aziz sokong keputusaan Pas Pusat

Oleh AZRAN FITRI RAHIM 

Tuan Guru Nik Abdul
Aziz Nik Mat,Mursydul Am PAS.
KOTA BHARU 18 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima dan menyokong keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat semalam dalam isu krisis Menteri Besar Selangor.

Beliau menyatakan sokongan tersebut selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di sini pagi ini.

Jawatankuasa Pas Pusat semalam menamakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor.

Bagaimanapun mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang pada sebelah petangnya menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar. - (Urtusan online-politik).Posted by abnmulya / abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.40 am on August 18,2014.

No comments: