PULAU PINANG 3 Jan. – Akur dengan desakan pelbagai pihak, Kerajaan DAP Pulau Pinang akhirnya memasukkan acara perbarisan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri hari ini yang bermula di Vision Park Ke Masjid Abdullah Fahim, di Kepala Batas di sini.
Sambutan kira-kira pukul 8 pagi itu disertai kira-kira 2,000 orang dan dimulakan dengan perarakan melibatkan 41 kontinjen mewakili agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta.
Bagaimanapun, acara perarakan berasingan turut diadakan oleh Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTNPP) yang disertai kira-kira 5,000 orang di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.
Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas mengumumkan akan menggugurkan acara perarakan dalam sambutan Maulidur Rasul kali ini bertujuan menggantikannya dengan pengisian lain.
Keputusan kerajaan negeri itu mengundang rasa kurang senang masyarakat Islam di negeri ini memandangkan acara perarakan sambil berselawat ke atas Rasulullah merupakan acara tradisi dalam sambutan Maulidur Rasul di negeri ini sejak 20 tahun lalu.( Utusan onlne-politik).Posted by abnmulya /Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1641 hrs on Jan-04,2015.
No comments:
Post a Comment