25,Februari 2015 2:00 AM
![]() |
Nasrudin Hassan |
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, DAP pernah mengambil tindakan serupa apabila parti itu keluar daripada Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan hudud yang diperjuangkan Pas.
Beliau menegaskan, Pas tidak akan berganjak daripada dasar dan prinsip perjuangannya walaupun diherdik serta diugut oleh pemimpin-pemimpin DAP. vertical-align: baseline;
“Kenapa hari ini DAP perlu mengugut Pas sedangkan bila-bila masa DAP boleh berangkat pergi? “Namun, mengharap Pas berhenti berjuang ke arah melaksanakan syariat Allah SWT maka ia bagai menanti sang keli tumbuh sisik,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.
Gobind turut mengingatkan bahawa Pas tidak akan lagi dilihat sebagai sebahagian daripada pakatan pembangkang sekiranya parti itu membentangkan pindaan enakmen berkenaan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bulan depan.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini menyindir sikap DAP yang tidak berpuas hati apabila Pas enggan mengikut telunjuknya.
“Ia soal tak dapat apa yang dimahukan. Itu sifat semula jadi anak-anak kecil. Masalah agungnya ialah DAP ini bukan anak-anak lagi,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan,Azhar Yahya memberi tahu DAP tiada sebab untuk menggelabah terhadap hasrat Pas melaksanakan hudud.
"{Pelaksanaan undang-undang jenayah syariah hanya terpakai kepada umat Islam dan dikenakan kepada penjenayah sahaja," katanya melalui laman facebook belaiu semalam.( Utusan online-politi.Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at11.06 am on Feb-25,2015.,
No comments:
Post a Comment