BANGKOK 23 Feb. – Thailand hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setengah terhadap dua penuntut Universiti Thammasat di sini, kerana menghina intitusi diraja negara ini dalam satu persembahan teater pada tahun lalu.
![]() |
Patiwat Saraiyaem (kiri) dan Prontip Mankong, meninggalkan Mahkamah Jenayah Bangkok selepas dijatuhkan hukuman penjara kerana menghina institusi diraja,semalam-Reuters. |
Malah, ada penunjuk perasaan menunjukkan isyarat hormat tiga jari menandakan tentangan mereka terhadap kerajaan junta yang meningkatkan kempen terhadap perbuatan yang dikatakan menghina raja sejak mengambil alih tampuk kerajaan pada tahun lalu.
Patiwat Saraiyaem,23, dan Prontip Mankong,26, didapati bersalah menghina institusi diraja yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
“Kedua-dua supek melanggar undang-undang 112 dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun yang dikurangkan kepada separuh,’’ kata seorang hakim Mahkamah Jenayah Bangkok yang merujuk kepada seksyen Kanun Keseksaan.
Menurut hakim, hukuman itu dikurangkan selepas kedua-dua defendan mengaku bersalah di tengah-tengah kebimbangan terhadap kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej, 87, dan isu pengganti Patiwat hadir di mahkamah dengan kakinya digari.
Kedua-dua defendan ditahan pada Ogos lalu berhubung teater bertajuk The Wolf Bride sempena ulang tahun ke-40 tindakan kekerasan tentera ke atas bantahan pelajar prodemokrasi di sebuah universiti.
Teater itu dipersembahkan dalam sebuah kerajaan fiksyen yang menampilkan seorang raja palsu dan penasihatnya. – REUTERS ( Utusan online-Luar Negara)..Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1557 hrs on Feb-24,2015.
No comments:
Post a Comment