Barack Obama

Erdogan berkata, selain Obama, tindakan sama diambil oleh Timbalan Presiden AS, Joe Biden dan Setiausaha Negara John Kerry menunjukkan ‘karakter sebenar’ ketiga-tiga pemimpin tersebut dan mereka sepatutnya menyatakan pendirian masing-masing terhadap insiden itu.
“Jika anda masih berdiam tentang kejadian kejam seperti itu dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, seluruh dunia juga akan membisu terhadap anda,” kata Erdogan sambil mengutuk suspek yang bertanggungjawab membunuh tiga pelajar Universiti Carolina Utara itu.
Kelmarin, seorang lelaki tempatan, Craig Stephen Hicks, 46, menembak mati tiga pelajar, Deah Shaddy Barakat, 23, dan isterinya, Yusor Mohammad, 21, and adik wanita tersebut, Razan Mohammad Abu-Salha, 19, kejadian yang dipercayai bermotifkan kebencian agama.
White House dalam kenyataannya mahu menunggu keputusan siasatan sebelum memberi ulasan tentang tragedi tersebut.
Dalam perkembangan sama, pusat pengajian terkemuka Islam di Mesir, Universiti Al-Azhar mengutuk sekeras-kerasnya kes pembunuhan terbabit yang disifatkan sebagai tindakan keganasan dan berbaur perkauman.
“Al-Azhar terkejut dengan kejadian tersebut dan bimbang terhadap tindakan keganasan itu.
“Pembunuhan tiga pelajar Islam itu membuktikan keganasan tidak melibatkan agama atau kerakyatan,” jelas kenyataan universiti tersebut.
Semalam, beberapa negara Islam menuduh media dan kerajaan AS bersikap berat sebelah terhadap kes itu apabila hanya memberi perhatian kecil berbanding kes serangan pengganas di akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo pada bulan lalu yang mendapat liputan meluas gara-gara dikaitkan dengan kumpulan pelampau Islam. – REUTERS ( Utusan online- Luar Negara)..Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1351 hrs on FAEB-14,2015.