Namee Barakat bersama isteri Layla (kanan) dan anaknya Suzanne (kiri) masih lagi terkejut dan sedih selepas ahli keluarga mereka menjadi mangsa tembakan di Universiti North Carolina, Chapel Hill, Amerika, kelmarin. – REUTERS
NEW YORK 12 Feb. – Polis menyiasat motif pembunuhan tiga pelajar Islam di Chapel Hill, Amerika Syarikat (AS) oleh seorang lelaki tempatan yang berkemungkinan ada kaitan dengan sentimen kebencian agama atau perkauman selepas kejadian tersebut mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Semalam, seluruh AS digemparkan dengan kes pembunuhan tiga pelajar Universiti Carolina Utara iaitu Deah Shaddy Barakat, 23, isterinya, Yusor Mohammad, 21, dan adik wanita tersebut, Razan Mohammad Abu-Salha, 19, yang ditembak mati oleh Craig Stephen Hicks, 46, dipercayai berpunca akibat perbalahan berkaitan tempat letak kereta.
Meskipun siasatan awal polis mendapati perbalahan tersebut sebagai punca kejadian, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan perasaan benci Hicks terhadap Islam sebagai motif sebenar pembunuhan.
Ketua Polis Chapel Hill, Chris Blue berkata, pihaknya menyedari kebimbangan orang ramai tentang kemungkinan kes pembunuhan itu yang bermotifkan kebencian agama dan siasatan secara terperinci berhubung dakwaan tersebut akan dilaksanakan.
Dalam perkembangan sama, bapa kepada Yusor dan Raza, Mohammad Abu-Salha menuntut pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan sebagai kes kebencian agama.
Jelasnya, kedua-dua anak perempuannya dibunuh bukan kerana pertikaian tempat letak kereta, tetapi kerana mereka beragama Islam.
“Lelaki tersebut pernah bertengkar dengan anak perempuan saya dan suaminya beberapa kali sebelum ini, dan dia menunjukkan pistol miliknya yang diselitkan di pinggang.
“Malah anak saya pernah menyuarakan kebimbangan terhadap kekasaran Hicks pada minggu lalu dan saya percaya lelaki itu membenci kami kerana agama dan rupa kami,” katanya. - AFP ( Utusan online.Luar negara.( Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 2309 hrs on fEB-13,2015.
.jpg)
No comments:
Post a Comment