Datuk Seri Hasan Malik, Menteri Perdagaangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan |
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Harga petrol dan diesel bagi bulan Mac naik 25 sen seliter mulai tengah malam ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ditetapkan RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.
"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," kata Hasan. - BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ningal.blogspot.com.at 2321 hrs on Feb-28,2015.
No comments:
Post a Comment