Saturday, February 28, 2015

PRK: UMNO ambil langkah tepat tidak bertanding

28 Februari 2015 1:15 am. 

PASIR MAS 27 Feb. – Kepemimpinan tertinggi UMNO mengambil langkah tepat untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bagi memastikan jalinan kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Pas Kelantan untuk membantu mangsa banjir di negeri ini tidak terjejas.
Datuk Dr.Asyraf Wajidi Dasuki,
Ahli Majlis
Tertinggi Umno

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerja-kerja untuk memulihkan negeri ini yang musnah akibat bah kuning itu bukan satu perkara mudah.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Agama UMNO Kelantan berkata, biarpun dua bulan telah berlalu, namun kerja-kerja pemulihan hanya 20 peratus dapat dilaksanakan dan masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk membantu rakyat.

“Langkah ini secara tidak langsung menghormati jalinan kerjasama yang dibentuk antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dalam kerja-kerja pemulihan banjir.

 “Dalam konteks pasca banjir ini, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri amat penting. Contohnya cukup mudah dalam aspek pembinaan rumah bagi membantu mangsa banjir,

Kerajaan Pusat memberikan bantuan dalam bentuk sumber kewangan, manakala tanah di bawah kerajaan negeri.

“Kita khuatir apabila ada pertembungan di (PRK) DUN Chempaka akan berlaku perkara yang mengguris perasaan kedua-dua pihak, ini boleh mendatangkan kerugian kepada rakyat di negeri ini.

Langkah yang diambil ini amat tepat dan membuktikan pemimpin UMNO lebih mementingkan rakyat daripada parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan karpet bernilai RM80,000 kepada pihak Masjid Kubang Panjang, Mukim Lemal di sini hari ini. Yang turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri,

Datuk Hanafi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Saaudi Mohammad; Imam Tua Masjid Fauzi Mahmood dan pemimpin setempat serta penduduk.

Kelmarin Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada PRK tersebut kerana memberi tumpuan kepada usaha-usaha pemulihan banjir di negeri ini.

PRK DUN Chempaka diadakan selepas penyandang kerusi berkenaan yang juga bekas Menteri Besar, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat penyakit kanser prostat pada 12 Febuari lalu, kira-kira pukul 9.40 malam.

Dalam pilihan raya umum lalu, Nik Abdul Aziz menang dengan majoriti 6,500 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd. Razak.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 10 Mac ini untuk penamaan calon manakala 22 Mac pengundian PRK DUN Chempaka( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 1650 hrs on Feb-2015.
.

No comments: