Saturday, February 21, 2015

Jangan tegakjkan benang basah

22 Februari 2015 2:00 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Desakan terhadap Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong supaya meletak jawatan jika gagal bertindak secara profesional yang dibuat lebih 100 ahli badan itu hari ini memberi isyarat jelas yang beliau tidak boleh lagi sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seolah-olah mewakili semua peguam.


Ini seperti mana dalam reaksi Christopher terhadap sabitan Mahkamah Persekutuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat apabila menyifatkan Ketua Pembangkang itu seperti dianiaya, bukan didakwa.

Pengerusi Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat (gambar) berkata, ramai peguam di seluruh negara kini sudah hilang sabar dengan pemimpin Majlis Peguam yang tersasar daripada fungsi penubuhan badan itu.

“Para peguam di seluruh negara mula bangkit dengan lebih 100 ahli Majlis Peguam hari ni menandatangani petisyen mendesak Christopher berhenti mengkritik badan kehakiman atau meletak jawatan jika enggan bersifat profesional,” katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya Majlis Peguam bertindak melalui kaedah tanpa rasa takut dan pilih kasih, bukannya menyebelahi mana-mana pihak apabila menyifatkan Anwar seperti dianiaya.

Ingatlah falsafah sebenar dalam bidang guaman iaitu kehadiran peguam di mahkamah ialah sebagai ‘pegawai keadilan dan kebenaran’ bagi membantu mahkamah ‘meletakkan kebenaran di tempatnya’ dan tidak sekali-kali akur ‘menegakkan benang basah bagi pihak anak guamnya’,” ujarnya.

 Sehubungan itu, katanya, peguam dari seluruh negara yang ingin menyatakan sokongan terhadap petisyen ini diminta menghubungi Sekretariat SukaGuam melalui e-mel sukaguam@gmail.com bagi tindakan selanjutnya dalam menangani isu berkenaan.

Kata Khairul Anwar yang juga Ketua Sekretariat Perundangan UMNO, satu siri jelajah bertemu dengan para peguam serta lulusan undang-undang dari seluruh negara juga akan diadakan tidak lama lagi bagi mendapatkan maklum balas lanjut tentang perkara tersebut.

Ini membabitkan isu cadangan membentuk lebih satu badan guaman seperti yang diamalkan oleh negara-negara lain.

Dengan adanya lebih satu badan guaman, para peguam kelak boleh memilih untuk bernaung di bawah mana-mana badan guaman, sekali gus tidak terikat lagi dengan situasi seperti yang mereka alami ketika ini,” ujarnya.( UTUSAN ONLINE).POSTED BY ABNMULYA / ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 10.53AM ON FEB-22,2015

No comments: