Saturday, February 21, 2015

Presiden Majlis Peguam enggan nyata pendirian

22 Februari 2015 2:00 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong enggan menyatakan pendirian berhubung desakan lebih 100 ahli badan itu yang meminta beliau menarik semula kenyataan mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kesalahan liwat.

Sebaliknya, Christopher yang turut didesak agar meletakkan jawatannya sekiranya enggan berbuat demikian hanya berkata, beliau mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan daripada ahli badan peguam.

Semua peguam diminta supaya menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) Majlis Peguam pada 14 Mac ini.

Mereka (lebih 100 peguam yang membuat desakan itu) juga diminta hadir di AGM itu bagi membangkitkan sebarang isu atau pandangan untuk didengar semua,” katanya menerusi kiriman WhatsApp di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 100 peguam mendesak Christopher supaya menarik balik kenyatannya berhubung sabitan hukuman ke atas Anwar dalam kes liwat baru-baru ini.

Sekiranya Christopher gagal menarik balik kenyataan itu dalam tempoh 14 hari, kumpulan peguam berkenaan akan mengambil segala langkah perlu untuk menggesa beliau segera berundur daripada jawatan Presiden Majlis Peguam dan meminta Peguam Negara agar mengambil prosiding menghina yang sewajarnya terhadap beliau.

Sebelum ini, media melaporkan Christopher mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar dianaiya bukan didakwa selepas Ketua Pembangkang itu gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengenepikan sabitan kesalahan meliwat.( Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at10.32 am on Feb-22,2015.

No comments: