JOHOR BAHRU 22 Feb. – Pas negeri meminta satu siasatan yang telus dijalankan berhubung dakwaan mengaitkan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Pengarah Pilihan Raya parti itu, Dr. Mohd. Hatta Ramli sebagai dalang kepada gerakan menjatuhkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
![]() |
Aminolhuda Hassan |
“Seharusnya satu siasatan yang telus dijalankan bagi membuktikan dakwaan itu. Satu tuduhan itu tidak boleh dijatuhkan benar selagi tidak dibuktikan.
Aminolhuda berkata, kedudukan Mat Sabu sebagai pemimpin tertinggi parti itu boleh ditentukan menerusi Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 tahun yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun ini.
Sementara itu, katanya, kedudukan Mohd. Hatta pula diserahkan kepada Abdul Hadi dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
“Jawatan Timbalan Presiden dipilih menerusi muktamar. Maka, biarlah muktamar yang tentukan kedudukan beliau selepas ini. Bagi Mohd. Hatta, jawatan sebagai Pengarah Pilihanraya Pas adalah di bawah kuasa Presiden manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, biarlah muktamar yang tentukan,” katanya.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com.at 10.15 am on Feb-23,2015.
No comments:
Post a Comment