KERETA Toyota Fortuner milik Mohd. Hatta Ramli yang mengalami kerosakan kecil akibat perbuatan khianat di hadapan kediaman Ahli Parlimen Kuala Krai itu di Persiaran Kasawari 1, Desa Haras, Hulu Kelang, semalam.
KUALA LUMPUR 14 Feb. – Sebuah kereta Toyota Fortuner milik Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Ramli mengalami kerosakan kecil akibat terbakar di kediamannya di Persiaran Kasawari
Desa Haras, Hulu Kelang, di sini awal pagi ini dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenali.
Kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu disedari pengawal keselamatan perumahan yang sedang meronda terlihat dua individu tidak dikenali menaiki kenderaan jenis Proton Saga melemparkan sebatang kayu diselaputi kain yang dibasahi minyak petrol ke arah kereta wakil rakyat itu.
Difahamkan, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan oleh mangsa dan anaknya sendiri kerana ketika kejadian beliau baru sahaja tiba di rumah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya perbuatan tersebut adalah angkara khianat berdasarkan pemeriksaan dan barangan yang ditemukan di tempat kejadian.
“Sehubungan itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan melakukan khianat dengan api.
“Kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa dan ketika itu mangsa bersama lapan ahli keluarga ada di dalam rumah. Keterangan oleh saksi telah pun diambil dan kita meneruskan siasatan untuk mengetahui motif sebenar kejadian,” katanya di sini.
Tambah Khairuldin, pihak forensik juga kini sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan.
“Kita difahamkan kes ini dilakukan oleh dua suspek yang tidak dikenali. Kita turut menggunakan bantuan khidmat anjing pengesan (K9) bagi mengesan barang kes lain di sekitar kejadian,” katanya ( Utusan online).Posted by abnmulya / Abu Bakar NInggal.blogspot.com.at 5.47am on Feb-15,2015.
.
.jpg)
No comments:
Post a Comment