Menurut Abdullah, notis tersebut akan dihantar menerusi serahan tangan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sendiri di Kuala Lumpur.
“Kini terserah kepada SPR untuk menentukan tarikh penamaan calon serta pengundian bagi Pilihan Raya Kecil DUN Chempaka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz yang menghidap kanser prostat menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.40 malam di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas dibawa keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Khamis lalu.
Jenazah bekas Menteri Besar itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada pukul 10.55 pagi Jumaat.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Allahyarham Nik Abdul Aziz menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Wan Razman Wan Abdul Razak dengan majoriti 6,500.
Mursyidul Am Pas itu memperoleh sebanyak 12,310 undi manakala Wan Razman memperolehi 5,810 undi. - UTUSAN ONLINE-POLITIK. ( pOSTED BY ABNMULYA / ABU bAKAR INGGAL.BLOGSPOT.COM.AT 1823 HRS ON FEB-15,2015