![]() |
| Datuk Seri Dr. S..Subramaniam |
Subramaniam yang juga merupakan Menteri Kesihatan berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan tersebut demi masa depan parti yang tidak lekang dengan krisis sejak setahun lalu.
“Saya terpaksa mengambil keputusan bertanding mencabar jawatan nombor satu ini kerana nasib dan hala tuju parti ini sudah entah ke mana ketika ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perjumpaan bersama ketua cawangan dan bahagian seramai hampir 2,500 yang hadir menyatakan sokongan kepadanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE-POLITIK.( Posted by abnmulya / Abu Bakar Ninmggal.blogspot.com).at 1811 hrs on Feb-15,2015.

No comments:
Post a Comment