Menurut Shahrizat, pendapat itu bagaimanapun pandangan periba­di beliau kerana setakat ini, barisan pimpinan Pergerakan Wanita UMNO belum bermesyuarat secara rasmi bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.
“Saya sokong Datuk Seri Mustapa bahawa PRK DUN Chempaka ini BN tidak perlu letak calon kerana Kelantan baru sahaja melalui tsunami darat iaitu banjir dan perhatian perlu diberi kepada pembangunan semula.
“Melihat kepada perjalanan selepas bencana, hubungan kerajaan Pas Kelantan dengan kerajaan BN agak baik, jadi tak usah kita mula berlawan. Lagipun dalam PRK, kadangkala ada pihak yang terkasar bahasa,” katanya,
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluar­ga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman mereka di Pulau Melaka di sini hari ini.
Akhbar melaporkan pandangan peribadi Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa BN tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka bagi mengelak berlakunya perpecahan serta ketegangan antara penyokong parti yang bertanding.
Dalam perkembangan lain, Shahrizat berkata, beliau mewakili pergerakan Wanita UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Nik Abdul Aziz. Semasa kunjungan itu, Shahrizat yang ditemani suaminya, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail;

Ketua Wanita UMNO negeri, Datin Rahimah Mahammad serta barisan pemimpin Wanita UMNO bahagian meluangkan masa kira-kira sejam bertemu isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.( Utusan online-politik).Posted by abnmujlya / Abu Bakar Ninggal.bnlogspot. com.at 10.26 am on Feb-16,2015.