Wednesday, March 18, 2015

Kereta terbang mula dijual 2017

19 Mac 2015 12:53 AM 

TEXAS 18 Mac - Hasrat untuk melihat kereta terbang bakal tercapai apabila syarikat pengeluar Slovakia, Aeromobil, mengumumkan bakal memasarkan kenderaan ber­kenaan pada tahun 2017. 

Akhbar Daily Mirror melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Juraj Vaculik sebagai berkata, pihaknya yakin dapat menjual kenderaan dua tempat duduk itu dua tahun lagi.

“Anda tidak perlu menggunakan lapangan terbang untuk memandu kereta ini. Saya yakin pengguna akan menggemari keberkesanan kenderaan ini,” katanya pada persidangan filem, muzik, dan interaktif South by Southwest di Texas, ke­lmarin.

Kereta yang digelar AeroMobil 3.0 itu, mampu mencecah kelajuan sehingga 160 kilometer sejam di jalan raya dan boleh di­terbangkan dengan kelajuan sehingga 199 kilometer sejam.

Kenderaan yang mempu­nyai sayap yang boleh ‘dilipat’ itu boleh didaratkan di kawasan seluas 45.72 meter dan hanya memerlukan jalan raya yang le­ngang sejauh 228.6 meter untuk terbang.

Menggunakan petrol sebagai bahan api, prototaip kereta terbang tersebut telah dibangunkan sejak tahun 90-an.

Tanpa menyebut anggaran harga AeroMobil 3.0, Vaculik bagaimanapun mengakui, terdapat beberapa cabaran perlu dihadapi pihaknya sebelum kereta itu boleh dijual. “Antara cabarannya adalah undang-undang melibatkan jalan raya dan ruang udara,’’ katanya.( Utusan online-luar negara).Posted by abnmulya  / Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at11.34 am on March 19,2015.

No comments: