Perdana Menteri Menteri Malaysia ke-6 negerawan ulong dan terbilang walaupun baru memegang jawatan PM lebih kurang hanya baru 6 tahun.Jika hingga 22 tahun? Malaysia akan jadi makmor dan damai. |
JOHOR BAHRU 16 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan penghargaan atas pemuafakatan dan kesetiaan Badan Perhubungan UMNO Johor kepada beliau sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.
Beliau berkata, ‘cara Johor’ itu ditunjukkan dalam pertemuan dengan barisan kepemimpinan UMNO Johor malam tadi yang kemudian menyatakan sokongan padu kepadanya untuk terus menerajui pentadbiran negara.
‘‘Sokongan orang Johor bukan sokongan membawa rebah, sebab kadang-kadang ada juga sokongan yang membawa rebah. Sokongan orang Johor dengan memberi peringatan kepada saya.
''Dengan maklumat timbal balas, ada isu dalam kalangan rakyat yang perlu ditangani dengan penuh hikmah dan bijaksana,’’ katanya pada majlis Penyerahan Projek PPR Melana Indah Fasa I kepada kerajaan negeri dan melancarkan projek PPR Sungai Melana Fasa II, di sini hari ini.
Najib menyifatkan ‘cara Johor’ menjadikan negeri ini kubu kuat serta tulang belakang kepada UMNO walaupun politik negara tidak pernah sunyi daripada cabaran dan permasalahan.
Sementara itu, di Klang, Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor hari ini menyuarakan sokongan padu kepada kepemimpinan Najib dan mahu beliau terus menerajui kerajaan.
Yang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, Najib merupakan antara Perdana Menteri terbaik kerana telah mencapai banyak kejayaan antaranya melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Beliau berkata, Mubarak akan menyusun strategi untuk membantu BN merampas semula Selangor daripada pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar pula menegaskan, sesebuah negara itu hanya boleh ditadbir oleh seorang ketua dan setiap rakyat pula perlu memainkan peranan seperti yang diharapkan.( Utusan on line-politik).Posted by abnmulta / Haji abu bakar ninggal.
blogspot.com.at 11.02 am on May 17,2015.
No comments:
Post a Comment