Friday, May 15, 2015

Tindakam Kit Siang melampau-Haron Din

MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB @ 16 Mei,2015 1.36am.


Dr,Haron Din (kiri) menerima cenderamata yang disampaikan oleh Ahmad Yakob selepas Majlis Perasmian Kuliah Darussyifa di Kias, Kota Bharu, Kelantan, semalam. UTUSAN/ JAZALY AMRY JAAFAR 

KOTA BHARU 15 Mei - tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang tidak menghormati sensitiviti serta perjuangan Pas apabila ‘mengajar’ dan ‘menyanggah’ pelaksanaan hukum hudud di negeri ini dianggap amat melampau, sekali gus mencerminkan akhlak sebenar pemimpin DAP itu. 

Penegasan itu dinyatakan Murs- yidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sambil menyifatkan tindak-tanduk pemimpin DAP itu telah melukakan hati pemimpin serta rakyat di negeri ini yang sekian lama menantikan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

“Saya hendak bertanya dahulu, adakah boleh diterima pada akal dan amalan yang paling minimum sekalipun apabila kita berada di rumah seseorang hamba Allah, kita menyebut perkara yang tidak menyenangkan tuan rumah. Adakah itu akhlak baik atau tidak?

“Kelantan adalah kubu kuat Pas, negeri yang akan melaksanakan hudud, elokkah pada moral mana-mana bangsa atau kelompok masyarakat sekalipun apabila ma- suk negeri itu (Kelantan) dan menyebut perkara tidak baik (persoal hudud) di hadapan tuan rumah.

“Kalau kata baik silakan, bagi saya tindakan itu sangat tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kuliah Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa) di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) di sini hari ini.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Dalam ceramah anjuran Pas Kawasan Kota Bharu di Padang Perdana, di sini Ahad lalu, Kit Siang memanfaatkan ruang untuk menyanggah pelaksanaan hudud di Kelantan serta mempersoalkan komitmen kerajaan negeri di hadapan kira-kira 1,000 penyokong Pas.

Ceramah tersebut turut dihadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Sementara itu, Haron turut menasihati sesetengah pemimpin dalam kalangan parti itu supaya tidak berterusan melakukan perkara yang bertentangan dengan perjuangan parti.

Katanya, tindakan seperti itu hanya akan merosakkan hubungan sesama sendiri selain menambah masalah sedia ada di dalam parti.

“Saya nasihatkan pada diri dan semua ahli Pas, jangan sesekali kita melakukan tindakan yang boleh merosakkan hubungan sesama kita, selain tidak menambah masalah baharu yang sengaja kita buat. 

“Kita juga jangan membuat tindakan yang boleh mengganggu sensitiviti umat Islam, antaranya perkara yang melibatkan hukum Allah (hudud). Perkara itu amat sensitif.

“Kalau sokong (hudud) kita membantu, kalau menentang, kita telah membuat sesuatu yang sangat melukakan hati umat Islam. Saya nasihatkan jangan tambahkan kelukaan hati yang sedia ada,” katanya.(Utusan online-politik).Posted by abnmulya / Haji Abu B akar Ninggal.b logspot.com.at 12.04 noon May,16,2015.

No comments: