Sunday, June 21, 2015

Gabungan Ngo-Ngo Gombak : Sebulat suara terima usul menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Terutama pada Isu 1MDB yang diorbitkan oleh Mahathir Mohamad.


Setelah selesai mesyurat kira-kira jam 7.15 petang.Maka sebahagian para perwakilan Gabungan Ngo-Ngo
Gombak mengabadikan kenangan manis dengan bergambar beramai-ramai bersama-sama Tan Sri Zaleha Ismail (bertudung merah) dan Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak, Datuk Dr.Rahman Ismail(tengah) bersongkok hitam,mantan Member of Parlimen Umno  Gombak pada tahun 2004.


Monday,June,22,2015 @ 3.03 am.


PADA mesyuarat agung tahunan ke-5 Pertubuhan "Gabungan Ngo-Ngo Gombak" yang mempunyai sebanyak 159 buah badan-badan ngo-ngo kecil yang berganbung di dalam gabungan itu, pada petanag tadi telah selesai mengadakan mesyuarat Agung Tahunan ke-5 dengan jayanya.

Mesyuarat Agung Tahunan ke -5 itu telah bermula tepat padan jam 5.30 petang,pada 21/06/2015,bertempat di rumah Presidennya Datuk Dr.Rahman Ismail,di No: 31 Jalan 7/1,Bandar  Country Homes,4800 RAWANG, Selangor dan mesyuarat itu selesai pada jam 7.15 malam.

Mesyuarat Tahunan yang ke-5 itu telah dirasmikan oleh YBHG Tan Sri Datin Paduka Seri Hajjah Zaleha Ismail, Penasihat Eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu sendiri.
Tan Sri Zaleha Ismaial penasihat
eksekutif  gabungan memberi
 ucapan rengkas sebelum merasamikan
majlis Mesyuarat Agung Tahunan ke-5
itu.

Walaupun  Ybhg. Tan Sri Zaleha Ismail kini telah berusia 79 tahun (plus-plus) namun beliau dilihat masih sihat walafiat dan tenaganya pun dilihat masih kuat ketika beliau sedang berpidato mahupon ketika dia sedang berjalan memasuki ruangan mesyuarat agung itu.

Inilah yang dikatakan nikmat kurnyiaan dari Allah swt., Yang Maha Agung dan Yang Maha Berkuasa.

Di antara 4 usul yang telah diterima sebulat suara tanpa bahas.Termasuklah Usul yang paling menarik,sensetif mutakhir ini ialah,berhubung dengan isu kemelut politik antara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Mahathir Mohamad. 
Bersongkok hitam Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Ngo-Ngo Gombak.
Sebelah kanannya Tan Sri Zaleha Ismail,berkupiah putih ialah  Kpt (B)
 Hj. Mohd Yusof  Manan, Naib Presiden Gabungan dan sebelah kanan
sekali Dato' S. Krishna Tim.Presiden 1 Gabungan Ngo-N go Gombak.

Usul itu adalah seperti berikut di bawah ini:

Bahawasanya mesyuarat Agung Tahunan ke-5 Gabungan Ngo-Ngo Gombak,pada petang ini telah menerima dan sekaligus telah diluluskan oleh para perwakilan mesyuarat agung tahunan ke-5 dengan sebulat suara tanpa bahas berhubung dengan usul yang diajukan oleh Presiden Gabungan Datuk Dr.Rahman Ismail.


USUL ITU DISEBUT:

"Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang ke-5 pada petang ini, sesungguhnya dengan sebulat suara meluluskan usul ,"Menyokong dengan sekuat-kuatnya dan tidak berbelah bahagi dalam isu Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak,sebagai Perdana Menteri Malaysia,agar terus menerus menjadi ketua pemerintah ataupun sebagai Ketua Pentadbiran Negara Malaysia yang berdaulat ini.

"Gabungan Ngo-Ngo Gombak sentiasa siap siaga berdiri teguh di belakang Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai Perdana Menteri Malaysia dan sekaligus sebagai Presiden Umno Malaysia ketika berada di masa senang dan di masa susah,terutama dalam usaha Datuk Seri Najib sedanag berusaha membersihkan isu 1MDB yang sedang menjadi kemelut politik yang paling panas di Malaysia antara Datuk Seri Najib dengan Mahathir Mohamad".
Sebahagian besar para perwakilan dari Badan-Badan Ngo yang bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak pada petang 21/06/2015 di dalam Dewan Mesyuarat Tahunan ke-5  di No. 31, Jalan  7/1, Bandar Country Home,Rawang,Selangor.

USUL NO;:2,3,4 DI TERIMA DAN DILULUSKAN SEBULAT SUARA TANPA BAHAS.


Sementara usul yang kedua: Yang telah diterima dan diluluskan oleh para perwakilan Gabungan Ngo-Ngo Gombak sebulat suara ialah, meminda perlembagaan Gabungan Ngo-Ngo Gombak untuk dimajukan kepada ROS agar di-masa-masa yang mendatang di dalam perlembagaan Gabungan ada disebut bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak dibolehkan memiliki asset-asset dan menjual asset-assetnya itu.

Mengenai usul ketiga pula: Perwakilan telah menerima dan meluluskan sebulat suara tanpa bahas berhubung usul untuk dimajukan kepada pihak ROS  agar Gabungan Ngo Gombak dibenarkan mencari DANA di ketika Gabungan Ngo-Ngo Gombak menjalankan aktibiti-aktibitinya seperti di ketika Gabungan Ngo-Ngo Gombak mengadakan aktibiti majlis makan malam dan sebagainya.
Sebahagian dari perwakilan lelaki dan wanita yang telah
hadir di majlis mesyuarat agung tahuan ke-5 itu.
Mengenai usul yang ke empat : Yang telah diterima dan telah diululuskan oleh perwakilan dengan sebulat suara tanpa bahas ialah,bahawa usul meminda perlembagan Gabungan Ngo-Ngo kepada pihak ROS agar segala information dari Setiausaha Agung AJK Gabungan Ngo-Ngo Gombak kepada semua Ketua-Ketua dan Setiusaha Badan-Badan Ngo yang bergabung di dalam Gabungan Ngo-Ngo Gombak.,di zaman (IT) dan di zaman Smart Phone ini.

Maka segala surat menyurat dari Setiausaha Agung Gabungan Ngo-Ngo Gombak kepada Ketua-ketua dan Setiausahanya boleh dibuat dengan cara baru:

Iaitu dengan cara Pengiriman SMS,Whatapps Telegram dan sebagainya.Mutakhir ini, cara-cara itu di anggap sebagai dokumen yang sah diguna pakai dan tidak boleh dipertikaikan.

MAJLIS BERBUKA PUASA

Majlis berbuka puasa  di rumah Agam Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak, Datuk Dr.Rahman Ismail,bermula pada jam 7.25 petang, di ruangan makan untuk tetamu di dalam rumahnya yang cantik indah itu .

Di samping itu ada beberapa buah khemah-khemah telah disediakan di halaman rumahnya itu. Juadah ringan seperti air teh panas, air sirap,satay,buah kurma dan kuih muihnya yang lazat-lazat belaka.

Di sudut yang laian pula?  Sebahagian lagi perwakilan dari
kaum
ibu dilihat telah hadir.
Kemudiannya solat Maghrib berjemaha di sebuah bilik solat khas yang boleh menampung kira-kira 100 orang jemaah.

Lepas itu acara makan nasi berbuka puasa pula sebelum melakukan ibadah solat Isyak dan solat sunat terawih yang boleh dilakukan khususnya di bulan Puasa Ramadan Al-Mubarak sahaja.

Acara seterusnya ialah solat Isyak dan solat terawih 11 rakaat termasuk solat sunat witir 3 rakaat. Acara itu dimulakan kira-kira pada jam 9.15 malam dan selesai kiraa-kira jam 10.15 minit malam.

Setelah selesai solat terawih.Makan ringan pula dihidangkan dengan makanan dan minuman yang bersifat moray.

Hidangannya ialah roti dicecahkan dengan bubur kacang campur isi durian,air teh panas dan air sirap.Wah duh..!!!..begitu berselera penulis menikmati juadah-juadah bubur kacanag campur dengan isi durian  itu.

Peringatan :Suasana berbuka puasa,makan petang dan acara solat terawih akan penulis siarkan berserta gambar-gambarnya sekali, pada esok atau lusa hari pula.

Penulis kini dah...ngantuk sangat dah.....jam telah menunjukkan pukul 3.03 pagi Isnin.Pada jam 5.00 pagi nanti penulis mesti bangun untuk makan sahor pula. ( Posted by  hajia abu bakar ninggal. blogspot. com. at 3.03 am on June 22,2015.




No comments: