Friday, June 19, 2015

Sikap angkuh DAP punca pakatan berpecah

20 Jun 2015 1:20 AM 

KUALA LUMPUR 19 Jun – Pemimpin akar umbi PKR menyelar keangkuhan DAP yang terlalu cepat membuat keputusan membubarkan pakatan pembangkang sehingga meletakkan senario politik negeri Selangor dalam keadaan genting dan berkemungkinan berhadapan dengan pilihan raya negeri (PRN).

Presiden Kelab Akar Umbi PKR, Johari Musa berkata, perbezaan pendapat dalam pakatan pembangkang telah wujud sejak penubuhannya namun perpecahan mula timbul sejak Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan,

Lim Guan Eng secara terbuka memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurut, tindakan Guan Eng itu merupakan satu provokasi menyebabkan pemimpin-pemimpin Pas yang lain bangkit menentang demi mempertahankan Abdul Hadi sehingga memberi kesan kepada pakatan ketiga-tiga parti.

“Saya sudah menduga benda ini dari awal lagi, perpecahan ini akan berlaku sebab kita semua tahu sikap angkuh DAP sendiri malah sejak dari awal Guan Eng menyatakan tidak serasi dengan Presiden Pas.

 “Jadi, kalau tidak suka pada bapa, anak-anaknya pasti marah dan kesannya kepada Selangor kerana negeri ini diperintah oleh pakatan rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng semalam yang mendakwa PKR turut bersetuju bahawa pakatan pembangkang ketika ini sudah tidak lagi wujud.

Guan Eng dilaporkan berkata, perkara itu dinyatakan dengan jelas oleh Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang beranggapan pakatan antara DAP, PKR dan Pas tidak lagi berfungsi.

Sementara itu, Johari yang juga Naib Ketua Cabang PKR Lembah Pantai berkata, jika kemelut tersebut gagal diselesaikan, kerajaan negeri Selangor bakal dibubarkan untuk PRN dan sekiranya perkara itu berlaku,

PKR akan mengalami kesukaran untuk menang. Katanya, ini kerana PKR sendiri sedang berdepan dengan kemelut dalaman sejak pemecatan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kegagalan pemerintahan sekarang melaksanakan manifesto pilihan raya umum lalu.

“Saya tidak nampak PKR akan kuat kalau berdiri sendiri kerana sejak Abdul Khalid dipecat, pemerintahan sekarang tidak bekerja untuk rakyat menyebabkan pengundi dan rakyat kecewa. 

“Selain itu, keputusan yang dibuat PKR sekarang hanya membabitkan persetujuan pemimpin atasan sedangkan dulu mereka akan meminta pandangan ahli terlebih dahulu demi kebaikan parti,” jelas beliau.( Utusan online-politik).Posted by abnmulya /Haji abu bakar ninggal.blogspot.com. at 5.57 am on June 20,2015.

No comments: