Farhana Joni : 25 June 2015 @ 1.15am.
POLIS Thailand tangkap dan dakwa warga Switzerland Xavier Andre Justo , bekas eksekutif Petrosaudi
KUALA LUMPUR 24 Jun - Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan, sebahagian e-mel dan dokumen yang bocor seperti disiarkan dalam sebuah blog, Sarawak Report sebelum ini didapati telah dipinda.
1MDB dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, akibat daripada perbuatan itu, pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadap 1MDB.
Kata 1MDB, pihaknya mengambil maklum mengenai siasatan itu selepas merujuk beberapa laporan akhbar tentang penahanan seorang bekas kakitangan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), di atas percubaan memeras ugut maklumat e-mel milik syarikat minyak dan gas tersebut.
"Kami yakin pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan menyiasat kes tersebut dengan teliti termasuk menentukan fakta-fakta dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.“Seperti sebelum ini, 1MDB sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini,” kata kenyataan itu..
Semalam, sebuah akhbar Thailand, Bangkok Post melaporkan bahawa polis Thailand telah menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi, Xavier Andre Justo, 49, dan mendakwa warganegara Switzerland itu atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan.
Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang berkata, pihaknya turut menggeledah kediaman Xavier Justo dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu.
Katanya, Xavier Justo merupakan eksekutif di PetroSaudi, sebelum melarikan diri ke Thailand.
“PetroSaudi telah membayar Xavier Justo sebanyak AS$4.14 juta (RM15.49 juta) selepas mendapati beliau melanggar peraturan dan syarat syarikat minyak itu.
“Dua tahun selepas dipecat daripada PetroSaudi, Xavier Justo dikatakan cuba memeras ugut syarikat yang berpangkalan di Arab Saudi itu sebanyak AS$2.66 juta (RM10 juta) dengan mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu sekiranya permintaan tersebut tidak dipenuhi,” katanya.
Berikutan daripada cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen telah disiarkan oleh Sarawak Report hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. PetroSaudi menjadi terkenal di negara ini berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB. (Utusan online-terkini)..Posted by abnmulya /Haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 4.42 am on June 25,2015.
No comments:
Post a Comment