Thursday, June 25, 2015

Suasana Meriah : Berbuka Puasa dan Bersolat Maghrib,Isya' DanTerawih Di Rumah Agam Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Dari kiri: Tan Sri Zaleha Ismail,penasihat eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Sebelahnya isteri Datuk Dr.Rahman, Datin Akmar Shahbudin dan sebelahnya ialah Datuk Dr.Rahman Ismail , Presiden Gabungan,berbuka puasa bersama-sama di antara  para perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung ke-5 itu.




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Rabu,May 25, 2015 @11.22 pm.

KEBETULAN Mesyuarat Agung Tahun ke-5 Pertubuhan Gabungan Ngo-Ngo Gombak pada kali ini jatuh pada bulan yang mulia iaitu di Bulan Ramadan Al-Mubarak, dalam tahun Hijrah 1436.

Seperti tahun yang lepas,maka pada tahun ini pun, acara Mesyuarat Agung Gabungan diadakan di rumah agam Datuk Dr.Rahman Ismail.Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak,di Bandar Country Homes,Rawang, dengan jayanya pada 4 hari yang lalu.Bezanya di tahun yang lalu adalah tahun pmilihan pemimpin-pemimpin yang baru.
Photo :Sebahagian di antara para perwakilan wanita yang  berbuka puasa di dalam kanopi di hadapan halaman rumah Datuk Dr.Rahman Ismail,yang telah dipasang awal-awal lagi untuk keselesaan para perwakilan Mesyuarat Agung ke-5 Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu berbuka puasa di hari tersebut.
Disebabkan para perwakilan Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang hadir pada Mesyuarat Agung ke-5 itu mencecah hampir 130 orang ramaianya.
Berbaju biru bercermin mata itu adalah 
penulis dan sebelah penulis ialah Naib 
Presiden 1  Kpt.(B) Hj.Yusof Abdul
 Manan yang begitu aktif membantu
Datuk Dr.Rahman Ismail.

Maka awal-awal lagi sebanyak 3 buah kanopi ( khemah) telah didirikan di halaman rumah agam Datuk Dr.Rahman Ismail, bagi menampung kesemua para perwakilan yang telah hadir untuk sama-sama meraikan majlis berbuka puasa dan makan malam bagi kesemua para perwakilan dalam keadaan yang selesa.


Penulis sendiri sebaik sahaja selesai menjamu selera juadah-juadah berbuka puasa yang lazat-lazat itu, lantas penulis menemui semua para perwakilan dari meja ke meja.

Mereka yang berada di dalam khemah itu,kesemuanya telah menzahirkan rasa syukur atas segala juadah-juadah "berbuka puasa'yang telah dihidangkan oleh Tuan rumah kepada mereka. 
Sebahagian lagi para perwakilan dari Badan-badan Gabungan Ngo-Ngo 
Gombak yang  hdir dilihat sedang  menikmati juadah berbuka puasa
 di malam itu. Tak sempat penulis nak catitkan nama-nama
 mereka. Harap maaf  ya!!
Kemudian kami semua terus menunaikan tugas solat Maghrib di dalam sebuah Dewan khas untuk bersolat yang khas dibina oleh Datuk Dr.Rahman Ismail.

Selaku pemimpin masyarakat pembinaan ruangan khas itu semata-mata untuk kegunaan para tetamu dan para jemaah menunaikan solat fardhu dan sekaligus dijadikan dewan khas ketika melakukan majlis bacaan Yasin ,tahlil dan sebagainya.

Dewan tersebut dilihat boleh menampung jemaah bersolat berjemaah beramai-ramai lebih dari 100 orang di dalam keadaan yang sangat selesa sekali. 


Selaku seorang jutawan muda yang berjaya di dalam perniagaan di bidang perubatan. 


Tuan rumah memang mampu menyediakan kepada para perwakilan yang hadir dengan segala kelengkapan untuk keselesaan para tetamunya yang mengunjugi rumahnya itu pada bila-bila masa aje.

Kerana kemampuan yang asas yang ada pada Datuk Dr.Rahman Ismail itu? Maka Datuk Dr.Rahman Ismail,mantan (MP) Member of Parlimen, Umno Gombak, pada PRU-11, pada tahun 2004 itu telah dipilih memimpin Gabungan Ngo-Ngo Gombak,bermula dari tahun 2010 hingga kini.

Ertinya Datuk Dr. Rahman Ismail telah memegang jawatan Presiden Gabungan itu selama 4 penggal berturut-turut tanpa ada calon lain yang menentangnya.Ertinya? Beliau menang tanpa bertading di setiap tahun pemilihan AJK Gabungan.

 Sebahagian daripad para perwakilan wanita yang telah hadir menjayakan 
mesyuarat agung tahunan ke-5 Gabungan Ngo-Ngo Gombak, pada tanggal 21/06/2015  itu.
Kita memang sedar bahawa di masa sekarang ini? Bukan sahaja Presiden parti politik aje harus dipilih dan harus diangkat menjadi pemimpin besar parti-parti politik bahkan pada pertubuhan-pertubuhan ngo-ngo pun harus memilih para pemimpin mereka cara begitu? 

Malah untuk jadi pemimipn pertubuhan Ngo-Ngo pun mestilah tokoh-tokoh pemimpin itu harus dipilih tokoh-tokoh pemimpin yang benar-benar mahu memimpin dan sanggup berkorban tenaga dan masa dan wang ringgitnya demi untuk menggerakan dan bergerak cergas untuk memajukan sesuatu pertubuhan ngo-ngo itusecara aktif atau pada sesebuah parti politik itu dari masa ke masa mengikuti keperluan semasa yang sentiasa berubah-ubah. 

Sekaligus semolek-moleknya tokoh-tokoh pemimpin yang dilihat tahap kewangannya mestilah kukuh agar boleh menggerakkan hidup atau matinya sesebuah parti politik baru itu atau pun pada sesebuah pertubuhan Ngo-Ngo itu?

Dengan terpilihnya tokoh-tokoh yang demikian?Maka sesebuah pertubuhan ngo-ngo itu boleh maju dan boleh terus hidup dan terus berfungsi mendekati dan membabntu rakyat akar umbi yang umumnya miskin-miskin belaka.

Style bawa uncang untuk mendapatkan derma wang ringgit dari rakyat untuk menghidupkan pergerkan seebuah pertubuan ngo-ngo? Style itu dah berlalu dan dah tak releven lagi di zaman ini untuk dilakukan.

Disamping itu tokoh-tokoh pemimpin politik itu atau pun para pemimpin badan ngo-ngo itu mesti sanggup dan rela berkhidmat dan rela mendekati rakyat sepanjang masa. Bukan hanya berkala-kala sahaja bila tiba pilihan raya umum dan sebagainya.

Mendekatkan diri mereka pada rakyat akar umbi, baik di mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa aje? Sekaligus berkemampuan memberi nasihat dan buah fikiran yang diperlukan oleh rakyat akar umbi itu sendiri.

Bak kata orang tua-tua jika anda tak mahu agar parti sesebuah politik yang baharu anda atau pun pertubuhan ngo-ngo  itu tidak akan bergelar jadi seperti,"hidup segan tapi mati pun tak mahu?" 
Di sudut yang lain pula.Ada lagi para perwakilan wanita
Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang sanggup hadir ke mesyuarat
 agung tahun ke -5 di hari tersebut walau pun kawasan
kediaman mereka jauh.Adsa yang datang dari kawasan 
DUN  Hulu Kelang dan sebagainya. 

Maka para pemimpinnya harus sanggup berkorban moral dan meterial jika tak mahu sesebuah parti politik itu atau pun sesebuah pertubuhan ngo-ngo itu dilihat semacam hidup segan dan mati pun tak mahu?

Jika hidup segan mati pun tak mahu terjadi pada sesebuah parti politik atau sesebuah pertubuhan ngo-ngo itu? Apa manfaatnya anda tubuhkan parti politik baharu itu ataupun badan ngo-ngo baharu itu? Lebih baik tak usah ditubuhkan.

URA-URA SATU LAGI PARTI POLITIK NAK DITUBAUHKAN DI MALAYSIA?

Macam parti politik yang hendak ditubuhkan oleh golongan "profesional" yang baru sahaja kalah di dalam pertarungan merebut jawatan tinggi di dalam parti PAS baru-baru ini? 

Mat Sabu kini dah ada banyak wang ke? Beliau dilihat begitu ghairah nak tubuhkan parti baharu? Semata-mata kerana mereka marahkan pemimpin golongan Ulama PAS yang telah berjaya menumpaskann mereka dengan teruknya pada muktamar PAS baru-baru ini? 

JIKA Mat Sabu marah akibat kekalahan politik yang telah ditimpakan oleh golongan Ulama terhadapnya dan kawan-kawannya itu? Lantas beliau dan kawan-kawannya cepat-cepat nak tubuh sebuah parti baharu? 

Dengan berbuat demikian?Maka rakyat dengn senang dapat menilai tujuan dan quality kepimpinan mereka berada di dalam PAS dulu-dulunya itu? 

Berada dan bergelumang dalam PAS dulu-dulunya itu  boleh dianggap semata-mata kerana jawatan belaka? Bukan kerana tanggung jawab mereka hendak membela nasib rakyat? Dan bukan kerana tanggung jawab nak mendokog Prinsip dan dasar-dasar perjuangan parti Pas yang mahu mendaulatkan syiar Islam di seluruh Malaysia?

Bila dah hilang jawatan di dalam PAS? Lantas nak tubuh parti baharu kononnya nak  ajar PAS? Hidup di dalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi? Memang anda boleh berbuat begitu. 

Mat Sabu harus sedar bahawa  tokoh-tokoh politik di dalam sesebuh parti itu ? Ada yang dan ada datang dan ada yang pergi? Pertukaran ini adalah merupakana sesuatu yang lumrah terjadi di dalam sesebuah parti politik.

Baik di mana sahaja di dalam dunia ini.Yang kalah sepatutnya harus menerima kekalahan itu?Abda tidak harus meninggalkan parti lama anda itu disebabkan tewas dan kecundang mempertahankn jawatan yang anda pegang. Sikap itu disifatkan sebagai tokoh-tokoh pemimpin yang tidak berwibawa namanya? 

Lantas cepat-cepat nak menubuhkan sebuah lagi parti baharu akibat oleh ketewasan yang telah menimpa anda dalam perjuangan anda di arena politik tanah air.

Jika Mat Sabu dan regunya beriya-iya sangat dengan niatnya itu?  Sudahkah anda fikir-fikirkan tentang segala resikonya? Bahawa parti yang yang bakal anda tubuhkan itu akan tentu dapat sambutan atau sokongan dari  rakyat? 

Terutamanya dari orang-orang Melayu dalam PAS ataupun orang-orang Melayu dari Umno atau pun orang-orang Melayu dari atas pagar dan sebagainya?

Pepatah Melayu ada berkata,"Baru mendengar guruh di langit kononya air hujan akan turun ke bumi dengan banyaknya? Maka cepat-cepat anda buang dan curahkan air yang dah ada di tempayan yang mana dah lama pun anda simpan ? Cepat-cepat anda buang kerana begitu syok dengar guruh di langit yang berdentum-dentam itu??? 

B iasanya,tindakkan yang tergesa-gesa dan  gopoh gapah itu? Sesungguhnya merupakan satu  tindakan yang sangat jahil lagi bodoh namanya? Rezeki yang dah pun berada di tangan anda? Tanpa sebab yang logik dan releven segera anda buang dengan begitu aje tanpa memikirkan akibatnya dari perbuatan anda itu? Semata-mata mengikut nafsu amarah dodaan dari syaitan dan iblis laknattullah.
Imam Muda yang sering tersenyum itu ialah Ustaz  Azizul
Halim bin Salehhudin yang menjadi Imam memimpin solat
 fardhu Maghrib,solat Fardhu Isya' dan solat sunat Terawih
pada malam itu.
Katakanlah! Dengan takdir dari Allah swt., yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.. apa yang tersirat di dalam hati anda itu? 

Maka guruh di langit yang berdentam-dentam bunyinya itu? Akhirnya, tak pun menurunkan air setitik pun dengn takdir Allah swt.,? Apa akan jadi dan anda pasti amat kecewa kan?

Mengambil keputusan yang terburu-buru itu lazimnya tidak punya sebarang manfaat pun pada anda?  Yang pastinya rugi tetap ada berbanding dengan utungnya yang anda angan-angankan itu? 

Untungnya macam orang-orang bermain judi.Sekali menang? Tapi kalah dan ruginya beratus-ratus kali, hingga tak punya wang lagi untuk terus bermain judi? 

Akhir-akhirnya? Jadi muflis akibat kebodohan diri sendiri.  Menceburkan dan melibatkan diri anda di dalam arena perjudian yang di larang oleh Allah swt.

Anda harus sedar dan mengakui.Bahawa punca kekalahan anda mempertahankan jawatan masing-masing pada muktamar PAS baru-baru ini? 

Adalah disebabkan kejahilan anda sendiri disebabkan tidak bijak mengatur strategi peperangan bila berdepan dengan para perwakilan PAS golongan ulama' yang datangnya dari ceruk rantau Malaysia mengikut sistem demokrasi yang di susun oleh pro-ulama'.

Para perwakilan tahunan PAS 2015-2017 itu hanya sedikit sahaja bilangannya ? Lebih kurang seribu orang lebih sedikit.Anda dari golongan"porfesional" yang sebanyak 8 atau 9 orang yang tewas itu? 

Ternyata didapati bahawa golongan profesinal anda itu terang-terangan tak punya strategi yang hebat dan sekaligsu tidak mampu mengambil hati dan perasaan untuk memenagi hati para perwakilan PAS ke Muktamar itu agar memilih anda?

Bukan salah orang lain.Sebaliknya golongan profrsinoal yang ada setakat hanya seramai 8 atau 9 orang itu yang bangang dan ternyata dilihat tidak punya pengikut  dan penyokong yang besar.

Bagaimana anda boleh pasti nak menawan hati nurani berpuloh juta rakyat Malaysia khasnya dari orang-orang Melayu yang beragam Islam dan berbangsa Melayu, diharapkan akan menyokong anda pada Pilihan Raya Umum yang datang dengan hanya punya parti baharu yang boleh dikatakan serba kekurangan itu?

Jika anda bertanya pada penulis? Dengan hati yang jujur lagi ikhlas, akan penulis nasihatkan anda. Lebih baik anda terus kekal berada di dalam PAS. Sebabnya?Anda hanya kalah di dalam pertarungan dalam usaha anda untuk mempertahankan jawatan anda masing-masing?

Akan tetap,anda masih belum dipecat lagi dari parti PAS. Jika anda akan membaiki semula kelakuan anda,baik dari segi percakapan dan perbuatan anda yang songsang itu hingga menyebabkan anda ditolak oleh para perwakilan PAS? 

Penulis percaya anda dari golongan 'profesional" itu akan diterima semula oleh golongan ulama PAS setelah anda bertaubat atas segala kesalahan-kesalahan yang telah anda lakukan itu. Mereka masih mengakui bahawa anda sudah banyak berjasa dengan parti PAS.

Tidakkah anda sedar? Kini orang-orang Melayu dah berpeca tiga.Iaitu dIdalam UMNO/ PAS/PKR. Jika di tambah dengan satu lagi parti baharu anda itu?  Ia, bererti bangsa Melayu akan berpecah jadi empat bahagian pula?

Pengundi Melayu yang hanya ada di Malaysia ini sekitar hanya 60% dari julah yang layak mengundi? Pasti akan pecah pada 4 parti bila tiba  masa Pilihan Raya Umum ke-14 nanti? 

Sedangkan parti kaum asing yang hak mengundi sebesar 40% itu? Kalau kita kaji cara budi dan budaya mereka itu berfikir sejak dulu hingga kini? Pasti mereka tak akan berpecah berkecai-kecai.Perasaan kasih dan sayang mereka kepada bangsanya sangat tebal tidak semacam kita orang-orang Melayu?

Mereka sentiasa bersatu padu dan mereka tetap sayang pada bangsa mereka walaupun berada di dalam berbagai-bagai parti? Pada mereka itu orang-orang Melayu boleh dibeli dengan harga 10 sen aje. 

Tidak jadi masalah bagi mereka menguli-uli bangsa Melayu ini jadi bergaduh antara satu dengan yang lain. Jadi,relakah anda parti-parti Melayu termasuk parti baharu anda pun turut akan tewas pada PRU ke-14 itu nanti? 

Penulis rasa anda tentu tak rela jika anda benar-benar berketurnan (Melayu jati) dan sekaligus beragama Islam? Fikir-fikirkanlah....Menubuhkan sebuah lagi parti baharu di Malaysia ini? Lebih banyak buruknya berbanding dengan manfaatnya? Percayalah....

PRESIDEN GABUNGAN TELAH MENGGUNAKAN WANGNYA RATUSAN RIBU RIBU RINGGIT....

Untuk pengetahuan peminat Pertubuhan Ngo-Ngo yang berada di seluruh Malaysia ini? Bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak ini ditubuhkan sejak tahun 2010 dan hingga kini ia telah berusia 5 tahun di bawah pimpinan Datuk Dr.Rahman Ismail. Mantan Ahli Parlimen Umno Gombak yang menanga pada PRU ke-11 pada tahun 2004 dulu.

Di tahun yang sama juga(2010), penulis menyertainya Gabungan NgoNgo Gombak ini atas galakan oleh Datuk Dr.Raman Ismail itu sendiri. 

Kini,nama Gabungan Ngo-Ngo Gombak dah tersohor dikalangan badan Ngo-Ngo di Selangor umumnya sekaligus di kawasan di Parliman Gombak khasnya.

Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan
 Ngo-Ngo Gombak yang telah berusia 5 tahun 

dilihat sedang memberi ucapan 
di dalam majlis itu.
Pada PRU ke-13 dulu Datuk Dr.Rahman Ismail bertading jadi calon Umno di kawasan Parliman Gombak menentang Azmin Ali dari parti PKR. 

Datuk Dr.Rahman kalah sedikit aje  berbanding dengan kekalahan calon Umno pada tahun 2008 yang diwakili oleh Said Anwar. Said Anwar kalah lebih tujuh ribu undi. 

Kekalahan itu disebabkan akibat seranagn angin tsunami politik dari jumlah pengndi Cina. 

Di Parlimen Gombak,pengundi Cina yang berdaftar dan berhak mengundi sekitar lebih kurang 29.000 orang dari jumlah sebanyak 125,000 undi berbilang kaum di Parlimen Gombak 

Pengundi Cina yang mengundi Datuk Dr.Rahman hanya tak sampai 1,200 orang pada PRU ke-13 pada 5 hb.Mei 2013 dulu  itu.

Ertinya kurang dari  (tiga setengah peratus) yang dilihat mengundi Datuk Dr.Rahman Ismail dari jumlah besar pengundi-pengundi kaum Cina yang berdaftar di dalam Parlimen Gombak.

Pengundi-pengundi Melayu di Gombak, di kawasan pengundi Tradisional Melayu? Datuk Dr. Rahman sapu bersih.Beliau menang disemua pusat mengundi di kawasan tradisional Melayu.

Agaknya kerana faktor itulah? Yang membuatkan PKR dan PAS masih teragak-agak nak berpecah dengan parti DAP  khasnya di Selangor? Depa sangat mengharapkan undi Cina yang akan menyokong kemenangan mereka. 

Jika PKR berpecah dengan PAS pula? PKR akan goyup semuanya. Jika PAS bergabung dengan Umno/BN pula? PKR akan jadi lebih teruk lagi.

Tanpa sokongan dari PAS di kawasan majoriti Melayu? Suddah pasti PKR/DAP akan hanyut degan perahunya entah kemana tanpa dilambung oleh ombak besar. 

Mereka tahu tanpa undi kaum Cina jangan harap mereka akan menang? Sedangkan Undi Melayu Umno kini kian bertambah-tambah menyokong Umno/BN. Jika PAS bergabung dengan UMNO? Maka kawasan Parliman Gombak? Umno/PAS/BN akan menang 4 kosong pula.


TANPA WANG POKETNYA?

Kejayaan Datuk Dr.Rahman menjadikan Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu  tersohor? Adalah bertitik tolak bahawa segala pergerakan Gabungan Ngo-Ngo Gombak itu?  Adalah diongkosi sendiri oleh Datuk Dr.Rahman Ismail dengan wang poketnya sendiri. Tanpa ongkos yang bersifat "sukarela" dari beliau sudah pasti segala aktiviti tidak dapat dijalankan.?

Jika beliau tidak berbuat begitu? Maka mustahil sekali nyawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak masih boleh terus hidup hingga kini? Menurut hukum akal? Boleh dikatakan dah lama dah habis hayatnya itu. 


Hanya tinggal pada nama sahaja seperti mana banyak telah terjadi pada parti-parti politik dan juga pada pertubuhan Ngo-Ngo di Gombak itu sendiri yang telah mati tidak berkubur.

Tengku Razeligh Hmazah yang kaya raya itu pun? Terpaksa  (wind up) parti Semangat 46.Beliau diliht tak boleh tahan. JIKA tiap hari tanah bukit itu terus dicangkul,dicangkul? Ujung-ujngnya bukit itu pasti akan jadi rata? 

BILA dah jadi rata? Kawan-kawan yang sama ketawa itu akan cepat-cepat cabut lari tanpa toleh-toleh belakang lagi.


SOLAT MAGHRIB,SOLAT ISYA' DAN SOLAT SUNAT TERAWAIH.

Solat waktu Maghrib,solat Isya'dan sunat solat terawih pada malam tersebut di imamkan oleh imam muda yang dijemput khas memimpin acra solat waktu dan solat terawih di rumah agam Datuk Dr.Rahman Ismail.

Imam muda itu bernama Azizul Hakim bin Salehhuddin yang selalu senyum dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya di dalam majlis tersebut.

Kami telah melakukan solat terawih pada malam itu hanya 11 rakaat aje termasuk 3 rakaat solat sunat wittir. Majlis soalt terawih itu selesai lebih kurang jam 10.15 malam.Selepas solat sunat terawih selesai.

Satu lagi jamuan berupa "moray" telah dihidangkan kepada semua para perwakilan yang masih ada.
Ada diantara para perwakilan yang datang dari jauh-jauh dilihat telah beredar sebaik sahaja selesai berbuka puasa dan dah selesai solat Maghrib.
Sebahagian para jemaah yang bersolat Maghrib sebaik sahaja
 seleai berbuka puasa pada malam itu dan mereka juga
 merupakan para perwakilan lelaki yanfg hadir pada mesyuarat
agung tahunan ke-5 Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Jamuan terakhir yang berupa moray itu telah dihidangkan dengan juadah-juadah yang memang jadi kesukaan penulis. 

Juadahnya ialah (bubur kacang) dicampur dengan isi buah durian dan disediakan pula dengan roti  gardinear buatan  factory (billioner) Malaysia yang berada di dalam list billior air Malaysia (top 10) pada tahun 2015 ini iaitu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Kerana keenakan rasanya bubur kacang yang tiada taranya itu?Penulis tak segan dan tak silu -silu lagi terus menikamti juadah itu hingga tambah dua kali bubur kacang itu.Teh tarik panasnya pun sama enaknya dengan teh tarik yang menjadi kesukaan ramai orang Melayu di kedai-kedai kopi mamak di restaura mamak.

Dari Bandar Country Home ke  Taman Sri Gombak.Penulis tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam menumpang kereta Naib Presiden, Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Kpt (B)Mohd Yusof bin Abdul Manan. 

Secara jujur, penulis nyatakan di sini, bahawaa Jalan dari Taman Sri Gombak ( tempat kediaman) penulis menuju ke Bandar Country Homes,Rawang itu,tidak berapa penulis hafal selok belok jalan-jalannya.

Justeru terpaksalah penulis menumpang kereta Kpt (B) Haji Yusof Abdul Manan yang tinggal di kawasan di Simppang 3 Gombak juga untuk sampai ke Bandar Country Homes , Rawang.Selangor Darul Ehsan. (Posted by abnmulya / Haji Abu Bakar Ninggal. blogspot.com at 2322 hrs on June 25,2015).

No comments: