Saturday, June 27, 2015

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor Berbuka Puasa Bersama Ngo-Ngo Islam, Di Seri Perdana, Di Putrajaya Malam Tadi.

Demikianlah kata-kata hati yang tersirat di kain rentang besar yang telah dizahirkan oleh para penyokong  politik
Datuk Seri Najib dari golongan pertubuhan Ngo-Ngo Islam Selangor untuk menyambut ketibaan beliau ke dalam Dewan Majlis Berbuka Puasa di kediaman rasmi mereka  di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi.


Oleh Haji Abu Bakar Ninggal 
Ahad,Jun 28,2015 at 4.33am.

Seluruh umat Islam di Malaysia mula berpuasa di bulan Ramadhan, pada tahun ini ialah pada tanggal 18/06/2015. Pada hari Sabtu,tanggal 27/06/2015 maka genaplah sudah 10 hari rakyat Melayu yang beragama Islam di Malaysia selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang menjadi salah satu rukun Islam yang lima itu.


Bersempena dengan genapnya 10 hari umat Islam selesai menunaikan ibadah puasa itu. Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 pilihan parti Umno dan pilihan rakyat Malaysia,

YAB Datuk Seri Datuk Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor,mengadakan majlis berbuka puasa dengan golongan Pertubuhan Ngo-Ngo Islam,para alim ulama dan umarak,di rumah kediaman rasmi mereka di Seri Perdana, Putrajaya, pada malam tadi.

Ditaksirkan seramai lebih dari seribu para tetamu telah dijemput dan telah hadir di majlis berbuka puasa di bulan ramadhan al-Mubarak bersama Perdana Menteri dan Isterinya di rumah kediaman mereka di Seri Perdana,di Putrajaya.

Perdana Menteri,Datuk Sri Najib diminta sama-sama memegang "Kain Rentaangbesar" itu oleh para penyokongnya yang bersedia hidup dan mati bersama pemimpin negara Malaysia yang menjadi kesayangan mereka.
Di antara begitu ramai golongan Pertubuhan Ngo-Ngo selutuh negarayang bukan badan kerajaan yang telah dijemput dan telah hadir,di antaranya ialah, dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak, di mana, Mantan Menteri Umno zaman Mahathir Tan Seri Zaleha Ismail, jadi panasihat eksekutifnya.

Sementara Datuk Dr.Rahman Ismail pula,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak, pada PRU ke-11,pada tahun 2004 kini sedang memegang jawatan Presiden  Gabungan Ngo-Ngo Gombak, yang mana telah berusia 6 tahun dan sekaligus merupakan satu-satunya pertubuhan Ngo-Ngo yang paling aktif di Gombak sejak ia ditubuhkan pada tahun 2010.

Datin Seri Rosmah Mansor,duduk ( tengah berbaju warna choklat) di belakangnya bersongkok hitam  berbaju putih, Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak..Nomber 3 dari kanan memakai tudung berbaju putih Tan Sri Zaleha Ismail,penasihat eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak..
Justeru itu tidaklah menghairankan bahawa di dalam masa yang sangat singkat Pertubuhan Gabungan Ngo-Ngo Gombak ini dah jadi begitu popular,Fktor besar yang menjadikan Gabungan Ngo-Ngo Gombak cepat jadi popular,di sukai oleh rakyat akar umbi di Gombak.

Ialah bertitik tolak dari pengalaman luas yang dimiliki oleh mantan-mantan (member of parlimen) (MP) Gombak itu sendiri.

Kedua-dua tokoh pemimpin ini,kedua-duanya pernah jadi wakil rakyat di Parlimen Gombak dan dah begitu masak dengan karenah dan kehendak rakyat akar umbi yang mereka dekati bertahun-tahun lamanya khasnya di kawasan Parlimen Gombak itu sendiri.


Penulis sangat seronok bekerja dan memberi kerjasama pada kedua-dua tokoh vetran yang menjadi pemimpin politik dan sekaligus jadi pemimpin masyarakat jembel. Walaupun Tan Sri Zaleha kini dah berusia 79 plus-plus  dan penulis sendiri dah berusia 77 plus-plus.
Dari kanan bertudung choklat Tan Sri Zaleha Ismail,penasihat eksekutif Gabungan ngo-ngo Gombak..Tengah Cik Ani setiausaha agung Gabungan.Bersongkok hitam dan ketawa besar itu Datuk Dr.Rahman Ismail,Presiden Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Sementara  Datuk Dr. Rahman Ismail masih muda dari kami iaitu, baru berusia 53 plus-pluas?Tetapi banyak titik persamaan di bidang pemikiran baik di segi politik dan juga di aspek pemikiran yang lain-lainnya. Kami boleh dikatakan begitu ngam antara satu dengan yang lain.


Rakyat jembel memang memerlukan tokoh-tokoh pemimpin yang berkaliber seperti dua tokoh Gombak ini.

Sekaligus rela pula mendambakan diri mereka bercampur gaul dengan mesra dengan rakyat akar umbi yang mana puratanya miskin-miskin belaka di segi kehidupan harian mereka berbanding dengan dua tokoh vetran politik yang kaya raya ini.

Selain dari Pertubuhan-pertubuhan Ngo-Ngo yang telah jadi tetamu kehormat pada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.
Dari kanan bertudung hitam Puan Rosnah Abdul Presiden Ibu Tunggal Lemabah Ulu Keramat,Ulu Kelang.Tengan kawannya.Kiri Kpt(B) Hj.Yusof Abdul Manan Naib Presiden 1 Gabungan.
Di samping itu ditaksirkan seramai 200 orang lebih golongan anak-anak yatim dan anak dari sekolah tahfiz,golongan ibu-ibu tunggal dan fakir miskin telah dijamu dengan juadah -juadah berbuka puasa yang lazat-lazat belaka.

Setelah selesai berbuka puasa, Perdana Menteri bersama-sama para tetamu yang ditaksirkan lebih satu ribu orang ramainya itu segera menunaikan solat fardhu Maghrib di sebuah khemah khas yang sangat besar sizenya yang mampu menampung para jemaah solat fardhu Maghrib itu.

Solat Maghrib berjemaha itu telah di imamkan oleh Iman jemputan masjid wilayah dari Syria Sheikh  Rami Al-Hadawi.

Datuk Seri Najib sedang menyampaikan sumbangan wang hari raya idilfitri pada murid-murid tahpiz lelaki.Sementara kiri Datuk Seri Najib  (berbaju merh tua ) itu, Datin Seri Rosmah sedang menyampaikan wang sumbangan Hari Raya Idilfitri pada murid-murid tahfiz yang perempuan.
Begitu juga dengan solat fardhu Isyak dan sunat terawaih 8 rakaat dan di campur pula dengan 3 rakaat solat sunnat wittir.

Bagi penganut agama Islam,pada bulan ramadhan al-Mubarak yang disebut-sebut oleh para alim ulama kita merupakan satu-satunya bulan yang paling afdal memberi sedekah atau memberi sumbangan wang keperluan menyambut ketibaan hari raya idilfitri kepada fakir miskin dan sebagainya?

Ganjaran dari perbuatan itu akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah swt.berbanding dengan hari-hari dan bulan-bulan biasa yang lain dalam setahun.

Bersongkok hitam berbaju kurong Melayu putih itu ialah 
En. Zul Azhari Mohd Juah, Naib Presiden 
Gabungan Ngo-Ngo Gombak.
Bulan yang mulia yang sarat dengan barakah itu ialah,di bulan ramadhan al-Mubarak.

Jika dapat kita manfaatkan sepenuhnya dengan cara memfokuskan usaha-usaha kita meningkatkan usaha ke arah untuk meringankan beban kesusahan di kalangan yang kurang bernasib baik iaitu di kalangan golongan fakir miskin yang daif keadaan hidup mereka.

Betapa besarnya barkah memberi sedekah kepada saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan sehingga Allah mengasihi orang-oerang yang suka bersedekah.

Untuk itu! Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Dengan murah hati dan disertai dengan niat yang tulus ikhlas.

Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Bersedekahlah kamu,kerana sedekah itu sebagai penebusmu dari api neraka."

Oleh kerana bersedekah itu merupakan satu sifat yang mulia,maka hendaklah kita tanamkan rasa kecintaan suka bersedekah ke dalam diri kita dan pada anak-anak yang mana jiwa mereka itu masih lembut.Selembut besi panas yang boleh dilembutkan.

Demi rasa kecintaaan yang mendalam memang suka bersedekah.Di dalam majlis itu didapati Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah dilihat telah menyampaikan sumbangan wang hari raya Idilfitri kepada anak-anak yatim,pada anak-anak sekolah tahfiz,pada ibu-ibu tunggal dan golongan fakir miskin yang datangnya dari beberapa Daerah dan dari beberapa sekolah tahfiz di Selangor khasnya dan seluruh negara umumnya.

Setelah menerima wang sumbangan yang besar ertinya buat mereka itu, dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor

Beretudung putih: Datin Rini Rahayau
 dan sahabat baiknya.
Ternyata wajah anak-anak yatim,anak-anak dari sekolah tahfiz itu? Dilihat semacam berseri-seri mukanya tanda sangat gembira sekali dengan sumbangan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

MENYAMPAIKAN MEMORANDUM PADA PM

KEMUNCAK dari segala acara di malam tadi ialah,acara untuk menyampaikan memorandum dari ratusan badan pertubuhan ngo-ngo kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Isu ini akan penulis tuliskan dalam satu tulisan khas pada esok hari atau lusa.Sabarlah anda menunggunya.

Ketika para tetamu hendak bertolak pulang ke rumah masing-masing? Pada setiap orang telah di hadiahkan sehelai sejadah untuk solat,

Satu kotak plastik buah kurma,sebutir cawan dan sekeping kad ucapan selamat menyambut Hari Raya Idilfitri  Al-Mubarak,di mana telah ditanda tangi oleh Dartuk Serei dan Datin Seri di kada ucapan itu.

Di bahagian hadapan kotak plastik itu nyata kelihatan ucapan menyambut hari raya idilfitri telah di cetak dengan warna gold di atas kota plastik itu.

Satu kad ucapan "Selamat Menyambut Hari Raya Idilfitri" yang sangat cantik  baik mutunya telah disertakan bersama sejadah dan korma oleh YAB Perdana Menteri kita yang sangat kita kasihi dan kita sayanagi itu.

DI ZAMAN MAHATHIR JADI PM?

Di zaman Mahathir jadi PM selama 22 dulu? Para pemimpin pertubuhan ngo-ngo ini langsung tidak dapat perhatian dari beliau.
Photo di atas: Penulis snap di meja lain. Mereka dari pertubuhan Ngo Islam dari bidang  yang lain.Jika tidak silap pada penglihatan penulis yang bersongkok hitam dan berbaju kelabu  itu ialah Sdr.Yusri, pensyarah jurusan undang -undang syariah di UIA  Universiti Gombak dan pernah jadi Presiden pertubuhan ABIM.
Jauh sekali untuk menjemput para pemimpin Pertubhan Ngo-Ngo ini menghadiri kediaman resmi mereka"berbuka puasa" di Seri Perdana,di Putrajaya itu.

Sedangkan pembangunan kedimana rasmi yang mereka duduk bertakhta macam raja-raja di zaman dahulu kala itu dilengkapkan dengan segala kemewahan itu?

Datuk Seri Najib dilihat ketawa apabila mendengar kata Tan Sri Zaleha,"Saya ini adalah penasihat eksekutif Gabungan Ngo-Ngo Gombak. Kalau saya tak pegang jawatan itu? Mereka tak patuh dengan perinta saya.Itulah sebabnya kita adakan jawatan itu, kalau saya perintah buat itu dan ini mereka pasti buat" katnya. Ketika dah selesai menyampaikan memorandumnya yang berupa  video pada Datuk Seri.
Ongkos wang untuk membangunkan kediaman yang tersergam indah itu? Adalah diongkosi oleh rakyat Malaysia"pembayar cukai" yang mana harga pembangunannya itu berjumlah ratusan juta ringgit banyaknya wang rakyat telah digunakan untuk pembangunan kediaman rasmi untuk Perdana Menteri Malaysia.

Rakyat dari golongan pemimpin -pemimpin yang berjuang menerusi pertubuhan ngo-ngo dapat menyaksikan sikap angkuhnya yang telah mereka pamirkan.

Para pemimpin-pemimpin dari pertubhan ngo-ngo ini kononnya langsung tidak mempunyai peranan menentukan hala tuju negara? Juster itu, langsung tidak diambil perhatian yang serius oleh pemerintan semasa regim Mahathir ketika berada di kemuncak kuasa negara Malaysia .

Sedangkan yang mengundi mereka setiap Pilihan Raya Umum hingga mereka berjaya bertakhta di puncak kuasa itu sehingga 22 tahun lamanya? Majoriti rakyat yang meletakan beliau di atas takhta kuasa itu? Adalah rakyat yang miskin-miskin belaka.Yang kaya raya dilihat jarang sekalai pergi mengundi?

TAHNIAH PADA DATUK SERI NAJIB DAN ISTERI.


Syabas! Diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak , Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ini dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Seri Najib dan isterinya. Dengan gagah berani telah merubah "lanskape pemikiran"kolot itu ke arah pemikiran ke era moden yang mana ia sudah tentu sangat dialu-alukan dan pasti akan disokong oleh rakyat jelata dari masa ke masa.

Diharapkan ia akan diikuti oleh para PM yang akan datang.Rakyat jangan dilupakan.Tanpa rakyat siapalah anda? Suara rakyat suara keramat. ( Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar NInggal.blogspot.com. at 4.33 am on June 28,2015).



No comments: