Friday, July 31, 2015

Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri Al--Mubarak Anjuran ADUN Gombak Setia Bersama Pimpinan Masjid Al-Khairiyah,Di Taman Sri Gombak,Pada Pagi 01/08/2015.

Ban yhaka kanopi telah didirikan bagi keselesaan tetmu yang mengunjungi Majlis Terbuka Eidulfitri anjuran ADUN Gombak Setia bersama AJK Masjid Al-Khairiyah,Taman Sri Gombak pagi ini.



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Ahad, Ogos 01,2015 @ 4.03   pm

MEMAMNG sudah menjadi adat tradisonal orang-orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia ini, bermula pada tarikh 01 Shawal hingga tamat sebulan pada bulan Shawal, rakyat Malaysia akan terus mengadakan Majlis Rumah Terbuka Eidulfitri di sana sini di serata Malaysia dengan acara masing-masing.

Yang Dipertuan Agong Malaysia dan Perdana menteri Malaysia, pada pagi  01 Shawal iaitu, sebaik sahaja selasai melakukan Solat Sunnat Eidulfitri Al-Mubarak telah pun mengadakan Majlis Rumah Terbuka untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengunjungi Majlis-majlis tersebut.

Para tetamu mereka selain dari golongan VIP negara telah mengunjunginya. Sekaligus Rakyat jelata pun tak mahu keinggalan mengunjungi ke Majlis Rumah Terbuka yang diadakan oleh Yang Di Pertua Agong dan juga oleh Perdana Menteri Malaysia itu. 

Ini merupakan satu keunikan yang tiada taranya telah dipamirkan oleh para pemimpin negara dan rakyata Malaysia kususnya ketika mereka menyambut ketibaan Hari Raya Eidulfitri Al-Mubarfak,selepasa sahaja selesai menjalankan tugas mereka berpuasa sebulan di dalam bulan Ramadan yang menjdi rukun yang fardhu di dalam rukun Islam yang 5 bagi seluruh umat Islam sedunia baik di mana sahaja mereka berada.
Sebahagian daripada para tetamu yang berada di dalam sebuah kanopi 
besar yang telah di sedikana untuk para tetamu yang hadir di majlis terbuka Eidulfitri Al-Mubarak.
Untuk memeriahkan lagi majlis terbuka hari raya eidulfitri itu.Maka berbagai-bagai juadah makanan telah disedikan untuk dinikmati oleh para pengunjubg majlis rumah terbuka itu.Boleh dikatakan berpuloh-puloh jenis juadah makanan telah di sediakan untuk para tetamu untuk menjamu selera masing-masing.

PADA 01 Hb.OGOS 2015, GILIRAN ( ADUN) GOMBAK  SETIA DAN BERSAMA PIMPINAN  MASJID AL-KHAIRIYAH,TAMAN SRI GOMBAK.
Juadah sate memang jadi kesukaan
para tetamu yang hadir. Sanggup
beratur menunggu giliran masing
-masing.

Penulis selaku  salah seorang penduduk Taman Sri Gombak di Pasa 6 yang menjadi Ahli Qariyah Masjid Taman Sri Gombak, turut serta hadir bagi meraikan majlis tersebut turut juga menjamu selera di dalam majlis terbuka itu.

Selaku Wakil Rakyat DUN (Gombak Setia) dari parti PAS di dalam Pakatan Rakyat,di Selangor D.E. ( dulunya kini bekerja sama dengan PKR) aje,

YB.Ustaz Hasbullah turut hadir di dalam Majlis Terbuka Eidulfitri anjuran beliau selaku (ADUN) Gombak Setia bersama para pimpinan Masjid Al-Khairiyah.

Selaku ADUN Gombak Setia di dalam Majlis tersebut beliau telah diminta memberi ucapan rengkas sahaja. 

Intiparti ucapan beliau itu selain dari mengucapkan kata-kata pujian kepada Nazir Masjid Al-Khariyah dan AJK-nya yang telah berjaya mengadakan Majlis Terbuka Hari Raya Eidulfitri itu dengan begitu  meriah.

Beliau juga telah menyampaikan salam muhibah dan ucapan selamat hari raya dari Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali, khususnya kepada pimpinan Masjid Al-Khairiyah dan sekaligus pada para pengunjung majlis terbuka hari raya eidulfitri itu. 


Sebenarnya Wakil Rakyat DUN Gombak Setia itu memang dah jadi sahabat penulis sejak lama dulu iaitu, sejak penubuhan satu pakatan kerja sama antara PAS dengan parti keADILan dulu.

ADUN Gombak Setia,
YB.Ustz.Hasbullah 
sedang berucap
Penulis ketika itu selaku Timbalan Ketua keADILan Bahagian Gombak, Selangor D.E.  ( kini penulis ahli Umno Gombak semula). Sireh pulang ke gagangnya.

Penulis sering terlibat bersama Ustz.Habullah ketika kami mengadakan beberapa mesyuarat bersama Ketua DUN di Parlimen Gombak dalam menghadapi PRU tahun I999. 

Ustz Ismail Kamus menang di DUN Gombak Setia dan Azmin Ali menang di DUN Hulu Kelang pada PRU tersebut. 

Kekalahan sulong parti Umno-BN di didalam di 2 kawasan DUN di Parlimen Gombak pada PRU itu? 

Adalah disebabkan Umno-BN Gombak itu sendiri dilihat tidak begitu sensetif dan memandang remeh dengan angin Ribut dan Taufan reformasi tiupan Anwar Ibrahim yang mana telah di pecat dari Umno sekaligus dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir Mohamad ketika itu sedang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4 bermula pada tahun 1982.

Itulah akibatnya jika kita memandang remeh dan tidak perihatin tentang perubahan landskape politik yang sedang berubah-ubah dari masa ke masa? Jika kita tidak peka dan cepat membuat adjusment terhadap perubahan yang telah berlaku itu? Maka akan kecundanglah kita jadinya.

Sebaik sahaja YB.Hasbollah selesai berucap. Penulis terus bersalam dengan dia berpeluk-pelukan tanda kemeserana bersama gaya salam orang-orang arab dah.... 


Diketika itu penulis tanyakan bagaimana keadaan politik PAS di DUN Gombak Setia,sebaik sahaja kumpulan 18 Pas yang tewas teruk di dalam Muktamar PAS Jun 2015 dulu,tapi kini dah menubuhkan sebuah Ngo dan mungkin akan menubuhkan sebuah parti politik baharu?


Mutakhir ini, dilihat dah tubuhkan gerakan Ngo GHB (Gerakan Harapan Baharu).Kemudian nak tubuhkan parti politik berkonsep Islam juga tidak berapa lama lagi?


Penulis di khabarkan bahawa kumpulan 18 ini telah pun pergi menjelajah seluruh Malaysia menemui pemimpin PAS Bahagian-Bahagian dan di Cawangan-Cawangan di seluruh Malaysia dan telah memujuk orang-orang PAS pemimpin tempatan dengan berbagai-bagai janji yang molok-molok belaka.
Bersongkok hitam Iman Ramli
sedang bersalam dengan En.Rosli
penyimpan Amanah Masjid
Al-Khairiyah.

PAS Cawangan di Kampung saya di Kamaopung Umbai, Melaka, saya telah dimaklumkan telah dikunjungi oleh tokoh-tokoh politik GHB dan lantas memujuki mereka meninggalkan PAS dan  bergerak di arena politik bersama -sama kumpulan GHB itu?

Penulis difahamkan,ada yang bersetuju tetapi bilangan yang besar pengikut-pengikut PAS yang tegar tidak bersetuju.

Mereka berpendapat usaha kumpulan serpihan PAS dalam kumpulan 18 itu? Semata-mata bertujuan nak cuba lebih memecah belahkan lagi orang Melayu jadi makin berpecah? 

"Yang untung DAP dilihat berjaya pecah belahkan orang-orang Melayu jadi pecah-belah dalam 4 parti Melayu.Tak ada sebarang faedahnya bagi orang Melayu nak menyokong kumpulan 18 serpihan PAS itu? Tindakan dan kerja-kerja mereka itu dilihat sia-sia belaka," komen mereka secara tegas kepada penulis.

Ustz Hasbullah mengelak untuk membuat komenya bersabit dengan pertanyaan saya itu. "Tuan Haji adalah lebih maklum dari saya," ujarnya rengkas.Adakah beliau telah melakukan siasatan atau sebaliknya? Tak tahulah penulis.Jika ada peluang dan masa penulis akan cuba buat "temu bual" dengan beliau.

WANG HARI RAYA.

DISAMPING sebanyak  15 jenis juadah hari raya yang lazat-lazat telah di sediakan untuk para tetamu hasil sumbangan dari 9 surau-surau di bawang naungan Masjid Al-Khiriyah di Majlis Terbuka untuk menyambut majlis hari raya bulan Shawal tahun 1436 itu.

Pun begitu. Masih ada juga hadiah duit hari raya didapati telah disumbankan oleh Tuan Iman satu, Masjid Al-Khiriyah oleh Tuan Imam Hj.Ramli Ariffin. 

Amalan ibadah serupa ini telah dilakukan oleh Imam Ramli pada hari raya tahun yang lalu juga.Wang Hadiah Hari Raya untuk kanak-kanak kecil itu disampaikan oleh Tuan D/O Gombak, Selangor yang berbaju batik warna ros itu (Gambar kiri ).

Majlis Terbuka Eidulfitri itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir sebelum tiba waktu solat Zohor. Selamat berjumpa lagi di hari raya di tahun depan,jika kita semua di hari ini,akan dipanjangkan umur oleh Allah AWT hingga ke tahun depan.( Posted by abnmulya /Haji Abu Bakar Ninggal.blogspot.com at 1603 hrs on Ogos 01,2015.

No comments: