Thursday, July 30, 2015

Muhyiddin dan Shafie menentang PM.Macam kumpulan 18 PAS tentang Presiden PAS


MUHYIDDIN DAN SHAFIE APDAL DIDAPATI BERSIKAP MENENTANG PM DAN PRESIDEN UMNO TERANG-TERANGAN DALAM ISU 1MDB.MACAM KUMPULAN 18 PAS TENTANG HADI AWANG TERANG-TERANGAN PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN DAP.




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis July 30,2015 @ 3.31 pm.

KENAPA kumpulan 18 PAS kalah teruk di dalam Muktamar Pas pada june 2015 yang lalu dulu itu? Jawapannya ialah akibat kumpulan 18 itu menjelang beberapa bulan sebelum Muktamar diadakan,kumpulan 18 ini secara terus terang dilihat telah mempamirkan sikap keangkohan mereka terhadap Presiden Pas,YAB. Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Perdana Menteri Malaysia ke-6
 dari parti Umno-BN

Kumpulan 18 dilihat tidak bersetuju dengan keputusan Hadi Awang semacam nak berpisah dengan DAP akibat Guan Eng telah telah mengatakan Hadi Awang tidak ada moral politik sekaligus menuduh Hadi Awang pengkhianat politik dalam Pakatan Rakyat. 

Guan Eng langsung memutuskan hubungan dengan Presiden Pas. Tindakan Guan Eng itu dikuti pula oleh DAP Sabah dan Sarawak.

Sikap sombong bongkak yang dipamirkan Guan Eng ini dilihat telah mendapat tentangan yang hebat lebih dari 90% AJK PAS pusat dan seluruh anggota PAS yang melebihi 2 juta orang di seluruh Malaysia.Tetapi kumpulan 18 secara terang-terangan menentangnya.

Jika Hadi Awang pecat mereka disebabkan telah melanggar didiplin parti? Maka Hadi Awang akan dituduh tidak demokratik kerana bertindak menyinkirkan mereka kerana Hadi Awang menentang kebebasan bersuara? 

Sebaliknya Hadi Awang dan pucuk pimpinan Pas golongan ulama yang bijaksana itu telah menyerahkan kepada para perwakilan Muktamar Tahunan Pas menghukum mereka sewajarnya dengan cara memberi pukulan TKO terhadap kumpulan 18 itu secara demokrasi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin,bekas
TPM  Malaysia.

Terpingga-pingga mereka apabila melihat keputusan yang telah dipamirkan oleh para perwakilan Muktamar tahunan 2015 itu. 

Mereka sama sekali tidak menyangkakan bahawa mereka begitu kuat terpukul akibat susunan rapi gerak kerja yang telah dipamirkan oleh golongan ulama Pas begitu hebat sekali.

Tak seorang pun AJK pusat yang banyak songil itu terpilih di dalam Muktamar tersebut. Dari segi politik keputusan Muktamar menolak meeka itu? Sangat mengaibkan mereka.

Selepas Muktamar itu? Penyokong PAS dah tahu dah bahawa yang menewaskan kumpulan 18 PAS yang mendabik dada kononnya mereka adalah kumpulan professional, progresif yang sangat diperlukan oleh PAS itu? Sebaliknya?

AKHIRNYA telah pun kecundang dan tewas menonggeng dalam ikhtiar mereka mempertahankan jawatan masing-masing. Dan kleputusan itu adalah hasil keputusan Muktamar Agong PAS pada Jun 2015 yang lalu.iaitu keputusan oleh lebih 1200 orang para perwakilan yang telah hadir di Muktamar Pas itu.

Jika kumpulan 18 Pas itu nak marah dan nak kata tidak demokratik? Mereka boleh marah pada para perwakilan muktamar yang telah mengambil keputusan yang drastik menolak mereka dari terus berada di dalam AJK pusat Pas?
Datuk Seri Shafie Apdal,bekas
 Menteri Luar Bandar

Keputusan para perwakilan Muktamar Pas itu semacam memberi amaran kepada kumpulan 18 PAS itu dan juga pada pemimpin baharu yang telah dipilih pada Muktamar pada Jun 2015 itu?

Pada masa muka.Agar jangan beranggapan bahawa segala gelagat buruk dan sifat biadab mereka terhadap Presiden parti PAS dan juga terhadap pucuk pimpinpin PAS yang lain dari golongan ulama Pas?

Yang didapati sealiran dengan pemikiran presiden PAS dihina sesuka hati.Jangan fikir gelagat buruk merka itu tidak diperhatikan dan tidak diteropong oleh  para perwakilan muktamar PAS dari jauh.

Jika ada di antara AJK-AJK  Pas Pusat itu sendiri di lihat tak tahu hormat pada Presiden Pas? Dan sering dilihat bertentangan pendapat melalui portal-portal bloger tempatan terutamanya diportal-portal yang pro- pembankang?

Jadi bagaimana parti PAS nak jadi kuat dan dihormati oleh para pengikutnya dan juga orang-orang luar dari PAS yang dah mula-mula nak jinak dengan parti PAS.


Akibatnya? Sudah pasti parti PAS tidak boleh berkembang LUAS pengaruhnya kepada rakyat yang berada di atas pagar?

Sebagaimana Hadi Awang menerusi perwakilan muktamar memberi pukulan TKO pada kumpulan 18 PAS yang dilihat mulai biadab terhadap presidenya atas alasan kebebasan bersuara?

Mahfoz Omar kumpulan 18

Maka Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri telah menyinkir Muhyiddin dan Shafie Apdal sesuai dengan hak istimewanya iaitu kuasa "PREROGATIF"nya boleh mengambil dan menyingkirkan menteri-menteri dalam barisan kabinet demi kekuatan kabinet yang dipimpinnya itu.

Perkara ini ada termaktub dalam perlembagaan-perkara 43 dalam Perlembagaan Malaysia. Ini, merupakan perkara biasa.

Tidak ada sebarang keanihannya. Mana -mana aje  sering terjadi di negara-negara lain di dunia ini. Perdana Menteri  telah menyingkirkan TPM dan menteri-menterinya jika didapati mereka itu sudah tidak sependapat lagi.

Buat apa tidur sebantal,tetapi mimpinya pula berlainan?

Apatah lagi pertentangan itu telah di lahirkan secara terang-terangan di khalayak ramai melalui media masa tempatan terutama pada portal-porat yang pro-pembankang yang sentiasa dahaga berita-berita yang demikian?

Semua orang percaya jika Muhyiddin dan Shafie Apdal tidak membuat komen-komen politik secara terang-terangan di khalayak ramai menerusi portal-portal pro-pembangkang menentang Najib dalalm isu 1MDB?
Bekas Tim.Presiden Pas
 khabarnya nak tubuh parti Islam baharu?

Najib yang lemah lembut pembawaan politiknya itu pasti tidak akan menyingkir Muhyiddin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Shafie Apdal dari terus memegang jawatan menteri.

Demi untuk menyelamatkan negara akan jadi huru hara akibat kemelut politik dalam isu 1MDB itu? Najib dilihat dah tak ada pilihan lain? 

Beliau terpakan mengambil tindakan yang radikal demi ke manfaatan rakyat Malaysia seramai 30 juta ramainya itu.

Adakah nasib masa depaan kumpuklan 18 orang PAS itu lebih dipentingkan oleh Hadi Awang berbanding dengan lebih dua juta anggota PAS di dalam Malaysia yang telah sanggup sehidup semati dengan PAS?

Tentu Hadi Awang memilih golongan yang lebih ramai itu berbanding dengan kumpulan yang ramainya hanya setakat 18 orang aje itu yang dilihat telah masuk perangkap DAP?

Isu 1MDB kini sedang di dalam penyiasatan.Pihak yang mempertikaikan isu tersebut haraplah bersabar menunggu hasil siasatan tersebut.

Mahfuz Omar harus faham soal ini.Jangan sibuk saja bercakap soal "integriti".Sungguh membosankan.....sedangkan integriti diri sendiri pergi entah kemana tdak di lihatnya?

Ujung-ujungnya jadi kumpulan 18 pula, semacam serpihan aje tarafnya.Posted by abnmulya / Haji abu bakar ninggal.blogspot,com at 1531 hrs on July 30,2015.

No comments: