KUALA LUMPUR 7 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan disebabkan oleh isu yang melanda syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Sebaliknya, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa, pengguguran Muhyiddin dibuat kerana beliau didakwa turut bersama pemimpin pembangkang merancang meluluskan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.
Bagaimanapun Raja Petra mendakwa dalam portal itu, komplot tersebut tidak berjaya kerana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu menyertai konspirasi berkenaan sekali gus menyebabkan mereka kekurangan undi.
“Mereka memerlukan semua undi dari Pakatan Rakyat dan lagi 30-40 undi dari Barisan Nasional, yang didakwa akan diusahakan oleh Muhyiddin. Tanpa undi Pas, usaha itu akan sia-sia.
“Situasi itu yang menyebabkan Najib perlu memecat Muhyiddin. Ia tidak mempunyai kaitan dengan 1MDB. Ia disebabkan undi tidak percaya yang dirancang oleh Muhyiddin. Isu 1MDB akan menjadi alasan untuk melaksanakan undi tidak percaya itu,” katanya.( utusan online-politik).Posted by abnmulya /Haji bakar ninggal. blogspot.com.at 12.22 noon on Ogos 08,2015.
No comments:
Post a Comment