OLEH AZMAN IBRAHIM
(PENGARANG@UTUSAN.COM,MY)
09 Ogos 2015 1:12 AM
NAJIB TUN RAZAK ketika hadir merasmikan majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar (kiri). – BERNAMA
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga melakukan perkara yang sama.
Perdana Menteri berkata, masyarakat umum juga perlu memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat persepsi kerana kutipan dana yang dibuat adalah semata-mata untuk kepentingan parti dan banyak tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilakukan setakat ini.
Malah, beliau berkata, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui daripada mana sumbernya.
“Pembangkang dapat dana daripada mana ? Dari dalam negara, tauke-tauke, kedai-kedai urut atau dari luar negara? Jadi, sama-sama kita bentangkan.
“Saya tidak akan jual negara. Saya Perdana Menteri. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Saya juga berusaha membawa parti kita ke peringkat yang lebih baik.
“Saya sanggup melakukannya pada bila-bila masa,” katanya sewaktu berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di Kompleks Darul Puteri di sini hari
Yang turut hadir,
Setiausaha Agung UMNO yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Johari Abdul Ghani;
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.
Perdana Menteri menambah, beliau menerima dana bukan kerana memberi kontrak-kontrak kepada penderma.
Sehubungan itu, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut mengesahkan bahawa dana tersebut bukan rasuah dan juga bukan duit daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
“Saya terima dana pun bukan sebab saya memberi kontrak. Orang lain (pembangkang) boleh terima dana sebab dapat kontrak. Mungkin mereka (penderma) mendapat tanah yang diluluskan untuk pembangunan, J
"Jadi mereka bagi derma. Tetapi, ini tidak ada kaitan dengan saya sama sekali,” ujarnya.( Utusan online-).Posted by abnmjulya /hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 7.41 am on Ogos 09,2015.
No comments:
Post a Comment