Thursday, August 20, 2015

Najib yakin ringgit kembali kukuh

"Sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa dolar AS "

ABD. RAHMAN: Ogos 2015 1:35 AM


NAJIB TUN RAZAK semasa sidang media mengenai ekonomi dan pasaran kewangan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kiri). BERNAMA 

PUTRAJAYA 20 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak optimis nilai ringgit akan kembali melantun berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh, selain bergantung kepada faktor luaran lain.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, orang ramai mahu melihat tindakan kerajaan dalam jangka masa pendek kepada situasi semasa ringgit.

Najib, satu sesi perbincangan bersama pakar dan peng­analisis ekonomi yang berlangsung semalam dan mereka menyimpulkan nilai ringgit sepatutnya lebih tinggi dalam kedudukan semasa dolar Amerika Syarikat (AS) berdasarkan asas-asas ekonomi negara yang kukuh.

Beliau turut menggalakkan syarikat milik kerajaan (GLC) menggunakan produk tempatan sejajar dengan perkembangan semasa manakala beberapa syarikat korporat yang beroperasi di luar negara wajar me­nimbang untuk mencairkan aset dan membawa pulang ke Malaysia.

“Bagi sektor pelancongan pula, mereka perlu membuat promosi pemasaran secara agresif dengan memanfaatkan kedudukan semasa ringgit,” katanya dalam sidang akhbar mengenai ekonomi dan pasaran kewangan semasa di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

 Mengulas lanjut mengenai paras semasa ringgit beliau berkata, beberapa sektor tertentu akan memperoleh manfaat daripadanya manakala yang banyak bergantung ke atas import seperti pengilangan akan berada pada kedudukan lebih sukar.

“Beberapa perniagaan yang meraih hasil dalam dolar AS pasti sa­ngat gembira manakala yang bergantung kepada import menghadapi masalah disebabkan nilai import menjadi sangat mahal,” katanya.( Posted by abnmulya / Hj.Bakar Ninggal.blogspot.com.at 12.18 noon on Ogos 21,2015.

No comments: