Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan duit rakyat tidak diselewengkan kerana jelas bahawa penubuhan DEIG amat meragukan dan tidak dibincangkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) serta mesyuarat Exco kerajaan negeri.
Ramesh Rao berkata, rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyatakan dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Soffan Affendi Aminuddin sebagai pemegang saham milik DEIG.
“Status DEIG adalah syarikat sendirian berhad yang dikuasai oleh dua individu terbabit, jika dana RM30 bilion itu diserahkan kepada DEIG, saya percaya kerajaan PKR Selangor tidak akan mempunyai sebarang kuasa untuk mengetahui ke mana duit berkenaan dibelanjakan.
“Hasil maklumat yang diperoleh juga mendapati operasi DEIG amat meragukan kerana syarikat berkenaan mampu membayar zakat sehingga RM5 juta walaupun baharu ditubuhkan beberapa bulan lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM di sini hari i22,2015.ni.(Utusan online).Posted by abnmulya /Hj.baklar Ninggal.blogspot.com.at 8.13 am on Ogos
No comments:
Post a Comment