KUALA LUMPUR 14 Sept. – Sebanyak 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bernaung di bawah Gerakan Melayu Bersatu sebulat suara menyatakan persetujuan untuk menyertai Himpunan Rakyat Bersatu, Rabu ini.
Presiden Gerakan Melayu Bersatu, Ariffin Abu Bakar berkata, persetujuan itu dibuat bagi menunjukkan tanda protes terhadap peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 lalu yang semakin berani mempamerkan kebiadaban dengan menghina pemimpin Melayu.
“Hari ini kami memutuskan untuk menyertai himpunan tersebut bagi melaungkan amaran keras, khususnya terhadap kaum Cina berideologikan DAP supaya jangan menghina pemimpin Melayu, selain menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.
“Himpunan ini bagi menunjukkan solidariti kami mendukung teras dan keadilan sosial seperti yang termaktub dalam Perlembagaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Ariffin, himpunan tersebut juga bertujuan menunjukkan kepada pihak tertentu bahawa perpaduan dalam kalangan Melayu masih utuh di negara ini.
“Saya ingin menegaskan bahawa penyertaan kami dalam himpunan ini adalah atas dasar kesedaran yang cukup menebal dan sifat kecintaan yang amat tinggi kepada agama, bangsa, Raja-raja Melayu dan negara.
“Suka saya menolak dengan tegasnya pandangan bahawa kami turun berhimpun ini bukan kerana desakan oleh mana-mana parti politik,” katanya.
Sehubungan itu, Ariffin menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik untuk hadir beramai-rama bagi menunjukkan rasa cinta dan sayang kepada bangsa.( Utusan online-).Posted by ab nmulya / hj.bakar ninggal.blogspot.com.at 816 am on Sepetember 15,2015.
No comments:
Post a Comment