PUTRAJAYA 15 Sept. – UMNO tidak akan menghalang mana-mana ahlinya daripada menyertai Himpunan Rakyat Bersatu yang dijadual diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur esok.
![]() |
| Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub |
“Ahli parti yang mahu menyertai perhimpunan tersebut kita serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan memandangkan perhimpunan ini telah pun mendapat permit daripada polis dan bukan lagi sebuah perhimpunan haram.
“Malah tiada arahan daripada MT UMNO untuk menghalang mereka menyertai perhimpunan ini dan terserah kepada UMNO bahagian masing-masing untuk menyertainya atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Konvokesyen Kolej Profesional Mara (KPM) kali kelapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengulas mengenai perhimpunan tersebut yang akan diadakan esok bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam bagi menyampaikan mesej rakyat Malaysia yang jelas menolak tindakan biadab serta menghina pemimpin negara.
Perhimpunan tersebut yang dianjurkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) itu akan turut disertai oleh 68 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menunjukkan tanda protes mereka terhadap peserta-peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 lalu yang bertindak biadab selain melakukan penghinaan terhadap para pemimpin Melayu.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, UMNO bahagiannya akan bersama-sama menjayakan perhimpunan tersebut dengan turut membabitkan ahli-ahlinya sebagai lambang solidariti lebih-lebih lagi dalam usaha mempertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Ditanya mengenai kehadirannya dalam perhimpunan itu esok, beliau enggan memberi jaminan sama ada akan hadir atau tidak. “Turun itu kena tunggu kalau saya ada, adalah esok,” katanya.( Utusan online-).Posted by abnmujlya / hj.bakar niggal.blogspot.com at 3.14 am on Sepetember 16,2015.

No comments:
Post a Comment