Tuesday, September 15, 2015

PELANCARAN AMANAH SATU KESALAHAN

JUANI MUNIR ABU BAKAR:16 September 2015 1:53 AM 

Datuk Mohammad Razin Abdullah,Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ( ROS)

PUTRAJAYA 15 Sept. - Tindakan bekas pemimpin dan ahli Pas untuk melancarkan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia menerusi nama baharu iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) esok, merupakan satu kesalahan.

Ketua Pengarah Ja­batan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya masih belum meluluskan permohonan penukaran nama Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Amanah. \

Katanya, tindakan menggunakan nama dan menganjurkan program atas nama Amanah selagi mana tidak diluluskan oleh ROS merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966.

“Walaupun ROS menerima notifikasi oleh Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia mengenai pelantikan baharu ahli jawatankuasa pusat yang diputuskan melalui kongres luar biasa pada 25 Ogos lalu, kita masih belum meluluskan permohonan penukaran nama kepada Amanah.

“Mana-mana pertubuhan atau parti yang melanggar seksyen tersebut, setiap pemegang jawatan bakal dihadapkan ke mahkamah dan masing-masing boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Menurut Mohammad Razin, sebahagian besar pemegang jawatan baharu Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia terdiri daripada bekas ahli-ahli Pas yang pernah memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa pusat parti itu pada sesi 2013-2015. Pada 31 Ogos lalu,

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohamad Sabu mengumumkan pembentukan Amanah yang merupakan penjenamaan semula Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia untuk digunakan sebagai saluran rasmi wadah politik GHB.

Bekas Timbalan Presiden Pas yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berkata, parti tersebut akan dilancarkan esok bersempena sambutan Hari Malaysia 2015. GHB merupakan platform baharu bagi bekas pemimpin Pas yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lalu.

Sebelum ini, gerakan itu berhasrat menggunakan nama Parti Progresif Islam sebagai nama rasmi, namun ROS menolak permohonan tersebut.( Utusan online-).Posted by abnmulya / hj.bakar ningal.blogspot.com at .33 am on Sepetember 16,2015.

No comments: