Tuesday, September 15, 2015

MALAYSIA KE-31 SKOR KEBEBASAN EKONOMI

16 September 2015 1:57 AM
Datuk Seri Dr.Salleh Keruak

 KUALA LUMPUR 15 Sept. – Malaysia mencatatkan skor kebebasan ekonomi pada 70.8, menjadikannya ekonomi ke-31 paling bebas dalam Indeks Kebebasan Ekonomi 2015, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,

Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata, skor negara meningkat 1.2 mata sejak tahun lepas, dengan peningkatan da­lam kebebasan daripada rasuah, kebebasan perniagaan dan kebebasan perdagangan, men­gatasi penurunan dalam kebebasan buruh dan pengurusan per­belanjaan kerajaan. 

Salleh berkata Malaysia telah me­ningkat ke kategori ‘hampir ke­seluruhan bebas’ dalam indeks berkenaan, yang dikendalikan oleh The Heritage Foundation dengan kerjasama The Wall Street Journal.

Sejak 2011, kebebasan ekonomi negara telah meningkat 4.5 mata, kenaikan mata ketiga terbesar di Asia Pasifik. Kenaikan dalam enam daripada 10 kebebasan ekonomi diterajui pe­ningkatan dua angka dalam kebebasan pelaburan, kewangan dan perniagaan.

“Terdapat hanya lima negara dalam kategori ‘bebas’ dan 29 da­lam kategori ‘hampir ke­seluruhan bebas’, yang mana Malaysia berada dalam kategori ini.

“Baki 150 negara ada­lah dalam kategori ‘sederhana bebas’ dan ‘hampir keseluruhan ti­dak bebas’,” kata Salleh dalam catatan terbaharunya di blog sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Beliau berkata da­lam pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, perdana menteri mencadangkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melabur dalam hartanah di luar negara melupuskan pegangan mereka dan menghantar balik wang.

“Tidak diketahui lagi berapa banyak akan diperoleh tetapi berdasarkan kepada kenaikan nilai hartanah dan keuntungan pertukaran, GLCI akan memperoleh pulangan pelaburan sekurang-kurangnya 50 peratus hingga 60 peratus.

“Jumlah yang terlibat di UK sahaja adalah amat besar dan berdasarkan hanya kepada keuntungan pertukaran, Malaysia dijangka memperoleh keuntungan RM2 bilion atau lebih bagi setiap 1 bilion (1=RM6.6448), memberikan Malaysia aliran tunai bernilai ratusan bi­lion,” katanya. – BERNAMA-
(UTUSAN ONLINE-) Posted bya abnmulya /hj,bakar ningal.blospot.com at  3.52 am on Sepetember 16,2015.

No comments: