Tuesday, September 15, 2015

Bukan Merusuh..Ini Solidarirti

16 September 2015 1:55 AM

Jamal Yunos memegang Manifesto Himpunan Rakyat Bersatu ketika mengadakan sidang akhbar berhubung Himpunan Rakyat Bersatu di hadapan Kompleks Kraf, Kuala Lumpur semalam. UTUSAN/MOHAMAD ZULFIKRI MOHD. ZABIDI 


KUALA LUMPUR 15 Sept. - Himpunan Rakyat Bersatu bukan bertujuan melakukan rusuhan, tetapi mempamerkan solidariti orang Melayu di negara ini.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos berkata, perhimpunan mempertahankan maruah Melayu itu yang akan berlangsung di Padang Merbok esok diyakini tidak akan menimbulkan kekecohan atau mencetuskan ketegangan kaum.

Jelasnya, usaha itu adalah perhimpunan aman yang telah mendapat kelulusan pihak berkuasa dan dilaksanakan bagi memberi isyarat bahawa Malaysia merupakan negara majmuk yang mementingkan sikap saling menghormati sesama kaum.

“Kita nak ingatkan supaya menghormati kaum-kaum lain terutama Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan kita. \

Saya percaya dan yakin perhimpunan ini akan berjalan dengan baik dan lancar. Provokasi merusuh, dakwaan akan melakukan sesuatu tidak baik dan menakutkan peniaga-peniaga di sini hanya khabar angin,” katanya dalam sidang akhbar yang turut dihadiri lebih 50 penyokong daripada pelbagai pertubuhan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga menyediakan kira-kira 4,000 petugas keselamatan dalam kalangan NGO untuk membantu pihak polis memantau kelancaran sepanjang perhimpunan berlangsung.

“Kita mula berkumpul pada pukul 12 tengah hari di empat tempat iaitu Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan sebelum bergerak ke Padang Merbok.

“Kita akan buat yang terbaik sebab itu kami sediakan petugas keselamatan secara sukarela, peserta yang hadir juga bukan ditaja atau dibayar,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Jamal turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah menghina bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti yang tersebar di laman sosial ( Utusan online/ hj.bakar ninggal.blogspot.com at 4.13 am on Septeember 16,2015.

No comments: